Hari ni hari terakhir bagi kalendar Hijrah 1443. Jatuhnya pula pada hari Jumaat penghulu segala hari. Mendung disusuli hujan, sekejap panas pula. Berapa kali sorong ampaian keluar masuk pun tak tahu Ummi hari ni 😁 Nampak panas, sorong keluar. Baru nak lepak tengok tv, eh gelap pulak 😅 Salah satu hiburan bagi surirumah, main cak-cak dengan matahari :D
Sebelum Maghrib hari ni surau akan adakan majlis bacaan Yasin diikuti dengan bacaan Doa Akhir Tahun disusuli dengan Doa Awal Tahun selepas Azan Maghrib berkumandang.
Di sekolah pun ada majlis bacaan Yasin masa perhimpunan mingguan tadi. Ikutkan ada ceramah Awal Muharram tapi hujan... Semua murid diarahkan bersurai dan masuk ke kelas masing-masing.
Cikgu-cikgu pula bergotong-royong masak bubur asyura. Ada yang terlibat ada yang tidak ataupun bergilir-gilir agaknya sebab kata Kakak kelas macam biasa. Cikgu masuk mengajar juga.
#credit photos: PIBG SRAI
Hari ni balik sekolah semua murid dapat merasa bubur asyura airtangan cikgu-cikgu :)
Alhamdulillah 💚
Ada beberapa program menarik sempena hari kebesaran Islam ni...
Boleh follow live di FB Jabatan Mufti Selangor.
Pukul 9.00 esok di Surau Al Ikhwan Taman Samudera. Jiran mereka, MTM Mart pun turut bagi sokongan khabarnya.
Ini antara yang Ummi dapat info. Banyak lagi rasanya program-program yang diatur untuk menyambut tahun baru hijrah ni Ada rezeki, nak juga join program-program sebegini. Masa lapang dan peluang menghadiri majlis Ilmu juga rezeki kan?
Salam Maal Hijrah 1444H.
Wah Ustaz Tarmizi pun ada . Untunglah siapa ke sana.
ReplyDeleteItulah, cuma kami pun takde rezeki ke sana, ada urusan keluarga.
DeleteSalam Maal Hijrah dari saya buat kamu :)
ReplyDeleteTerima kasih kamu :D
DeleteSalam Maal Hijrah PH.
ReplyDeleteU too Kak Amie :)
DeleteAwai depa dapat makan bubur asyura..hihihi...
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah PH
Rezeki jangan ditolak hihi :D
DeleteSama, moga tahun baru membawa lebih kebaikan utk kita semua.