Sunday, 17 July 2022

Demam!

Itulah, lemau sikit dah komplen :( 
Sekali, Allah bagi demam, 2 hari berturut-turut tak boleh bangun! Hari ke-3, Jumaat tu bolehlah bangun, drive ambil anak2 balik sekolah. Adik memang 3 hari straight tak ke sekolah. Selain dia pun demam selsema, Ummi sebenarnya yang tak larat nak uruskan dia untuk ke sekolah. Kakak MC Rabu & Khamis sama dgn Walid. Syukurlah, w/pun demam Walid boleh hantar & ambil Angah di sekolah. 

Ummi bukan setakat demam, pakej dengan selsema, batuk, muntah, cirit, pening semua lengkap. Tambah pula makan tak lalu, minum tak lalu, dehydrated lah badan. Kalau bukan zaman Covid, nak aje rasanya ke hospital, masuk wad semalam dua and get proper treatment. Tapi, itulah sekarang ni macam-macam prosedur nak kena lalui jadi bertahan sajalah di rumah dengan ubat-ubatan yang diberi oleh klinik. Kali terakhir demam teruk sebegini 2 tahun lepas.

Alhamdulillah sekarang semuanya on the road to recovery. Alhamdulillah Abang sihat sepenuhnya w/pun masa hantar dia balik asrama (Selasa) masih on medication. Esok start mid term, doakan ye 🤗 Adik tinggal batuk-batuk manja. Kakak nampak ok dah. Ummi & Walid masih belum sihat sepenuhnya, masih batuk berkahak. Allah, peritnya bila batuk. Rasa cramp urat perut. 

Apapun syukur, Allah pelihara Angah. Dia masih sihat w/pun semalam macam nak demam juga. Bukan apa, lusa dia ada tournament bola baling MSSD. Sayang kalau terlepas peluang beraksi. Lama dah berlatih. Banyak missed classes sebab training. Moga Angah kekal sihat 🤲

Doakan kesembuhan kami ye ☺️

10 comments:

  1. Kat tempat kerja pun ramai yang demam silih berganti.Risau juga..Apapun semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk PH

    ReplyDelete
  2. Semoga PH sekeluarga kembali diberi keafiaatan oleh Allah swt, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  3. semoga cepat semuanya dan moga angah berjaya dalam tournamentnya

    ReplyDelete
  4. when mom is down...the whole "house" is down.

    ReplyDelete