Alhamdulillah, hari ni 10 Julai | Ahad kita di Malaysia menyambut Hari Raya Qurban. Kami hanya beraya di perantauan :p
Set baju raya raya puasa hari tu je ...
Usai solat raya, kami ke surau untuk melaksanakan ibadah korban. Alhamdulillah ada rezeki ambil 1 bahagian korban. Pihak surau hadkan 5 ekor lembu dan 5 ekor kambing (biri-biri) sahaja. Sambutan sangat-sangat menggalakkan; pagi pihak surau iklankan, Asar semua kuota fully booked. الحمد لله ثم الحمد لله
Dek sambutan hangat anak-anak kariah, Kelab Motorsikal surau buka lagi kuota tambahan, 3 ekor lembu tak silap Ummi. Cuma, ibadah korban mereka dilaksanakan di maahad tahfiz berhampiran. Dah 2 tahun ibadah korban tak dapat dilaksanakan jadi bila ada peluang ramai yang ambil peluang.
Angah sibuk juga ... Sibuk makan 🤭 Dia banyak memerhati je, dah remaja macam Abang nanti boleh terlibat sama انشاء الله
Seperti ditetapkan, jam 12.15 semua kerja dan agihan daging korban selesai.
Lepas solat Zohor, ada jamuan makan tengahari di surau. Ummi pun tumpang sekaki :) Rindu dengan sup tulang surau ni hehe .. makan nasi dengan sup je, tapi sedapnya alahai....
Kemudian kami ke kubur Tok ...
Untuk makan malam, makan sup tulang air tangan Ummi pula...
Masukkan tulang dalam inner pot Noxxa, tambah air separas tulang, serai, halia dan lengkuas yang diketuk. HP 40 minit. Bila dah masak baru tambah garam. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Jangan lupa, kicap pedas. Ini resepi arwah Tok/arwah Tok Wan. Sup tulang kami takde letak rempah bagai. Itupun dah sedap, rasa manis daging segar tu kekal tanpa perlu letak sebarang perisa/rempah.
Sekian :)
Alhamdulillah segala berjalan lancar.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur, after 2 yrs dapat melaksanakan ibadah korban spt sediakala.
DeleteSalam aidiladha buat akak sekeluarga 😄
ReplyDeleteSelamat Hari Raya juga Syaz :D
DeleteAlhamdulillah merasa daging raya korban. Bagusnya anak PH tolong melapah lembu korban jugak. Bagus dididik dari kecik lagi kan. Selamat Hari Raya :)
ReplyDeleteAlhamdulillah ada rezeki buat korban tahun ni. Sengaja bg dia exposure supaya tak kekok dan berani utk membantu kerja2 sebegini.
Deleteselamat hariraya qurban maaf zahir batin, ;p
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Wak.
DeleteKabare?
Tenggelam tenggelam timbul ye Wak :D
Salam aidiladha 1443H
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah qurban
Salam Aidiladha PH. Emak Mrs. A pun ambil 1 bahagian alhamdulillah.
ReplyDeleteLa...rasa macam saya dan komen dah beberapa hari lepas..Agaknya saya taip tapi tak tekan publish
ReplyDelete