Monday, 18 July 2022

Hati & Limpa Goreng Kunyit

Favorite Ummi ni hati dan limpa lembu. Paling sedap digoreng kunyit. Makan dengan nasi putih panas-panas sedap ni. 

Petang raya korban tempohari Bibik ada bagi daging korban. Hari Selasa sebelum Abang balik asrama Ummi masak.  Dagingnya Ummi rebus dan masak Nasi Daging Utara.  Manakala hati, limpa dan sedikit daging Ummi goreng kunyit.

Lembu korban ni organ dalaman dan dagingnya selalunya tak berbau dan bila masak, lembut je. 

Resepi Limpa & Hati Goreng Kunyit Ummi ambil dari Aneka Resipi, dengan sedikit olahan. 

Bahan-Bahan
Hati, limpa dan daging - hiris kecil
Garam
Serbuk kunyit
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - dihiris
Cili padi - dihiris 
Serbuk Lada hitam - tak letak 
Minyak 
Air 
Secukup Rasa Maggi/serbuk perasa
# Boleh letak sayuran seperti kacang panjang atau carrot. 

Cara-Cara
1. Gaul hati/limpa/daging dengan garam dan serbuk kunyit. Boleh letak serbuk perisa jika suka. Biarkan seketika.
2. Masukkan hati/limpa/daging 
 tadi ke dalam kuali. Masukkan air separas hati/limpa/daging dan 1 sudu makan minyak masak. Buka api dan rebus hingga air kering dan hati/limpa/daging lembut.
3. Masukkan minyak lagi dan goreng hati/limpa/daging. Hendak garing setakat mana, ikut citarasa masing-masing. Ummi suka lembut-lembut gitu.
4. Masukkan serbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan cili. Kacau sebati, taburkan serbuk perasa dan masak hingga bawang layu. Tutup api. Siap!  

Ini Nasi Daging...

Best friend dia ayaq asam kerisek 😋

Ummi goreng sekali papadom, favorite Adik.  

Resepi Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisek Ummi ambil di MyResipi. Terima kasih empunya resepi-resepi ni. 



10 comments:

  1. Sedapnya hati dan limpa goreng kunyit. Lagilah dapat yang fresh.

    ReplyDelete
  2. Saya makan hati sahaja. Hehe. Jarang buat menu masak kunyit selalu buat bersambal.

    ReplyDelete
  3. Rajin PH masak macam2.
    Menarik hati limpa goreng kunyit tu.

    ReplyDelete
  4. Alamak,ada chemistry la lauk kita dan Bibik tu..Walau berlainan cerita dan orangnya

    ReplyDelete
  5. dulu rajin beli perencah nasi daging... la ni mana nak cari yg best ntah..nak buat sendiri tak reti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan guna perencah lagi sedap, tapi PH tak guna perencah pun sbb tak ada.

      Delete