Thursday 30 June 2022

Abang ~ Hari Sukan 2022

Sejak-sejak di fasa menuju endemik ni, pihak sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti, yang terhalang sejak 2 tahun lepas. 

BACA SINI:


Hari yang sama dengan pertandingan netball Adik tu, Abang ada acara kemuncak Hari Sukan. Beberapa hari sebelum tu dah diadakan sukan tara, acara tarik tali dan road run pada 2/6. Kecuali acara kemuncak, semua ini dilaksanakan secara tertutup. 

Dari perkongsian gambar dan video, memang meriah dan all out betul depa bertanding. Abang pun asyik bercerita pasal hari sukan ni je ... Terpilih untuk acara tarik tali, jadi abang senior suruh pergi gym & exercise untuk build muscle. Semangat dia 💪

Abang rumah biru 💙. Berjaya sumbang 8 mata dari 12 markah penuh. 3 mata penuh bagi acara lempar cakera dan lontar peluru. Masing-masing 1 mata untuk acara lumba lari dan lompat jauh. Masa merentas desa, Abang ketinggalan di belakang tapi berjaya juga habiskan larian 7.5km tu. Of course Ummi bangga dengan semangat Abang. 

Pelepasan Road Run pada 2/6

Hari kemuncak, 18/6...

Pemenang khemah terbaik...

Tema tahun ni 'syarikat minyak' hehe ...

Acara perbarisan...

Untuk memeriahkan suasana, games untuk ibu bapa turut diadakan antaranya acara tarik tali, lontar peluru dan lari 4x25m untuk kaum ibu. Tahun ni kami tak berkesempatan joined, sebab clashed dengan event Adik. Tahun depan tunggulah, Ummi nak pecah rekod lari berganti-ganti tu 😆

Antara sumbangan ibu ayah tempohari... meriah dan berwarna-warni :) 



Kredit Photos: Pn Mimi PIBG

Alhamdulillah berbaloi usaha Abang dan team biru bila dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Tahniah tahniah tahniah! 

Ini pula kenangan untuk Abang...



7 comments:

  1. tahniah rumah biru juara...wah dpt medal tarik tali

    ReplyDelete
  2. Aktif juga Abang dalam sukan Tahniah.
    Puf krim itu nampak cantik. Merah putih coklat.

    ReplyDelete
  3. wah... meriahnya... thn ni rancak kan kokurikulum kt sekolah... ye lah dh 2 thn x buat apa.. seronok budak²

    ReplyDelete
  4. Wah! tahniah buat abang.
    Anak Mrs. A yang Adik pun sama baru lepas sukan merentas desa

    ReplyDelete
  5. sekolah anak-anak masih berlatih lagi..
    tp setiap hari ada je anak-anak murid yang tak hadir sbb wakil sekolah utk bola sepak, bola jaring, bola tampar..

    ReplyDelete
  6. best best.. dah lama gak x gi tgk sukan sekolah kan... x sabar plak nk tgu sukan sek uyum hahaha ntah ada ntah idak

    ReplyDelete
  7. Seronoknya sukan sekolah...dulu2 best kan time2 sukan ni...

    ReplyDelete