Kami singgah di Saudagar Nenas Agrofarm dalam perjalanan ke Putrajaya kelmarin.
Sampai di ladang ni sekitar jam 9.45 pagi. Ingatkan awal, rupanya raaaaamai lagi orang lebih awal dari kami. Rupanya ladang ni dibuka jam 7 pagi. Masuk sini percuma je. Ladang seluas 8 hektar (tak silap Ummi) ni milik Bumiputera.
"Kena datang lepas Subuh baru orang tak ramai" kata seorang pengunjung.
Kebetulan Sabtu tu cuti Maal Hijrah + minggu gaji + tempat ni memang viral jadi memang ramai pengunjung. Patutlah bila kami sampai tu ada 2-3 orang yang dah nak balik bagitau "ramai orang, datang lain kalilah..."
Tapi, sebab dah sampai kami masuk juga. Ummi ingatkan orang datang untuk tengok tanaman nenas. Dalam fikiran mungkin ada demo tanam nenas ke, boleh petik nenas ke... Rupanya semua serbu kafe dia yang viral dengan pelbagai sajian berasaskan nenas. Memang semua pengunjung terus menuju ke kafe, termasuklah kami! Sebab tengok semua ke situ haha ... Takde pulak orang melawat pokok-pokok nenas di situ.
Kawasan ni tinggi. Kereta boleh bawa masuk ke dalam, ada tempat parking berhampiran kafe dan ada juga yang park kereta di tepi jalan.
Cumanya bila park tepi jalan begini, laluan jadi sempit dan berisiko untuk pejalan kaki. Kami, parking di luar ladang, jadi kenalah menapak naik bukit ni. Tapi, view cantik dan dapat hirup udara segar sambil mendaki 👍
Tangga ke kafe agak curam. Kalau boleh Ummi cadangkan owner letak stair-railings. Risau kami bila berpapasan dengan seorang warga emas yang nak turun tangga ni. Walid dah standby nak pimpin Pakcik tu tapi beliau menolak dengan baik. "Boleh boleh.." katanya :D
Tapi, kami sekadar melintas di sini. Sebab full house dan pengunjung sedang que pun adalah dalam 20-30 orang! Bak kata seorang pengunjung, "order Subuh, tengahari karang baru dapat makan" 🤭 Tempat viral kan...
Nak beli nenas ni tapi kena beratur di line yang sama, jadi cancel je...
Walaupun tak dapat merasa sajian berasaskan nenas yang dikatakan sangat sedap di sini, at least kami dah sampai ✌️
Saudagar Nanas Agrofarm
Lot 3000 Kampung Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Selangor
Meriahh betul ni semua full kena beratur panjang
ReplyDeletemesti sedapp lgpun viral.kan he hee penah merasa lawatan dkt Muar dulu ladang nenas. Mcm2 priduk nenas ada
Tempat tengah hot, kena serbulah Ciknur:)
DeleteItu tandanya kena datang lagi.
ReplyDeleteWah apa menu-menu yang dijual berasakan nanas ya? Harap-harap unik menunya.
Macam-macam NA; nasi goreng nenas, cheesecake nenas, aiskrim nenas, sos, jem dsbnya...
DeleteBab beratur panjang tu yang tak larat, kan? Semoga lepas ni ada rezeki PH nak nikmati menu-menu viral di sana.
ReplyDeleteKafenya tak besar sgt... Kalau dapat tempat pun maybe kurang selesa nak enjoy the food sbb too crowded. Plus we had another plan that day.
DeleteMemang nak pergi sini tapi itulah nak tunggu orang surut entah bila. Jenuh jugak tu kak park naik ke atas. Tangga curam bahaya jugak tu. Harap ada improvement lah kan. Trail lagi bagus dan sistem lebih cepat ke kan.
ReplyDeleteIn term of service, maybe boleh separate counter utk ambil order, cashier, take away dsbnya. Cuma kita x tahu manpower & resources dia cukup ke tidak. But there's still room for improvement.
DeleteWahhhh.. tak sangka ada tempat yg menarik macam ni. Kalau dekat JB ke, Pontian ke.. nak jer pergi ni.
ReplyDeleteRasanya peladang nenas di Johor kena buat satu ni SK. Memang boleh jadi tarikan dan sumber pendapatan.
DeleteAdehhhh tu la yg malas nak pegi tempat2 viral kan. beraturnya panjaannnnggggg... Dapat pulak suami yg jenis tak suka menunggu lama2. Tapi tak pegi teringin pulak hihi
ReplyDeleteMacam best jer ni...Saya belum pernah sampai
ReplyDeletewow~These photos look so good! I want to go saudagar nanas agrofarm saudagar nanas agrofarm next time.
ReplyDelete