Dah 2-3 kali rasanya Ummi masak bihun guna resepi ni, especially bila nak masak untuk kuantiti yang banyak (> 1 bungkus bihun).
Sumber: Harian Post
Bahan-Bahan
2 bungkus bihun
1 s/b bawang putih kisar
1 s/b bawang besar kisar
4 s/b cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris
4 s/b sos cili
4 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat Jalen
1 s/k garam
1 s/k serbuk perasa
2 ketul kiub ayam
1 s/b gula
1 mangkuk isi ayam
1 mangkuk air
1 mangkuk sawi
3 biji telur
Cara-Cara
1. Tumis bawang putih kisar, bawang besar dan bawang besar kisar.sehingga naik bau harum.
2. Masukkan cili kisar.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap pekat Jalen, kacaukan.
4. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacaukan.
5. Masukkan garam, kiub pati ayam dan serbuk perasa. Kacaukan lagi.
6. Kemudian masukkan isi ayam, gula , telur dan air. Kacaukan lagi sehingga sebati dan telur masak.
7. Kemudian masukkan bihun yang telah direndam dan ditos.Kacaukan bihun sehingga sebati.
8. Boleh tambahkan garam/serbuk perasa jika kurang rasa.
9. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan kacaukan sehingga sedikit layu dan masak. Tutup api. Siap!
Untuk bihun, Ummi suka bihun Cap 3 Teratai, Sufi atau any Bumiputera products sebab bihunnya kenyal dan tak hancur bila dimasak.
Langit Arafah sekitar jam 1.30 pagi, 9 Zulhijjah 1443H. Picture Ummi pinjam dari Hjh Cikbi. Simpan sini buat kenangan 💚
Sedap kan bihun goreng. Saya suka
ReplyDeleteAlhamdulillah sedekah pada hari Arafah.
ReplyDeleteSemoga murah rezeki PH belanja jiran2 makan berbuka puasa
ReplyDeleteDah hujung 1443 dah hari ni...huhuhu
ReplyDelete