Sunday, 3 July 2022

Selamat Pengantin Baru Dayah & Koin

Tujuan kami turun ke Penang sebenarnya untuk meraikan hari bahagia anak sepupu Walid, Dayah & pasangannya Koin. Majlis diadakan di Dewan Orang Ramai Cheruk To'kun. The place sounds familiar right? Nanti kita citer kendian :p

Kami bertemu dulu dengan Tok Ayah, Tok Umi dan Uda di depan hotel penginapan kami kemudian ke majlis kenduri secara berkonvoi. Paksu pula terus ke dewan.

Kami antara yang terawal sampai. 'Buka gelanggang' kata Tok Umi :) 

Aummm! Sedapnya alahai nasi kenduri...  

Tapai ni pun sedap. Rugi pulak makan satu je. Balik dari kenduri dah teringat-ingat pulak 😅

Sedang enak menikmati tapai ni, pasangan pengantin diarak masuk .. 

Gegirls seronoklah jumpa Anis & Alya. Angah pula takde geng sebab Ammar & Co tak datang kenduri. Abang, Haziq & Una pula masing-masing di asrama. 

Dari majlis kenduri kami bergerak ke masjid terdekat; Masjid Kg Cheruk To'kun Bawah. 

Parked kereta di belakang masjid. Nampaklah bangunan usang ni...

Ummi ingat Galeri Pejuang ni maksudnya galeri pejuang kemerdekaan dulu, rupanya inilah tempat ceramah/aktiviti gerakan Reformasi dulu. Across the road is DSAI's family home. Cherok To'kun kan kampung beliau... 

Usai solat kami berpisah bawa haluan masing-masing. 

Buah tangan dari Tok Umi...

Cili api dan pisang tu dari kebun Tok Ayah. Ikan masin, jagung dan coklat Tok Umi beli di Tg Dawai dan Gunung Jerai. Eh, Gunung Jerai pun dah ada strawberry katanya 😍
 
Alhamdulillah, short but meaningful trip. 

Untuk Dayah & pasangannya, Makngah doakan agar  dikurniakan mawaddah, rahmah & sakinah dalam rumahtangga kalian 🤲






3 comments:

  1. Wah nasi hujan panas. Memang nampak sedap lauk-lauk tersebut.
    Seronok sebenarnya pergi kenduri di negeri lain.

    ReplyDelete
  2. Terus terasa2 nak makan lauk kenduri...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. lama tk mkn nasi kenduri...last pegi wedding sebelum pkp dlu

    ReplyDelete