Dekat sangat kedai ni dengan hotel penginapan kami, walking distance je sebenarnya. Tapi, sebab tak tahu lokasi pada mulanya, kami berkereta ke restoran ni, yang rupanya seberang jalan sahaja dengan hotel. Dekat-dekat dengan kedai Nasi Kandar Beratur 786 tu juga cuma di shop lot berbeza dan nombor jalan.
Kami datang untuk bersarapan. Baru pukul 8 pagi tapi pengunjung dah ramai. Nasi putih dan lauk-pauk tengahari pun ada yang dah terhidang, selain menu sarapan dan menu goreng-goreng. Iya, boleh order dah kalau nak makan makanan panas-panas.
Katanya hidangan di sini berkonsepkan hidangan Pantai Timur dan makanan ala Thailand.
Pilihan kami...
Highly recommended untuk cuba sup di kedai ni. Serious sedap!
Bagi kami, sedap-sedap makanan di kedai ni. Service laju, staff friendly dan persekitaran juga bersih dan tak crowded walaupun pelanggan ramai. Dari segi harga, 'standard KL' :p
Ummi snapped gambar sebab tulisan pelayan ni macam tulisan Siam, kan? Teruja pulak tengok. Bila campur-campur semua tu around RM80. Mahal jugalah untuk breakfast tapi that day kami makan aje apa yang teringin. Breakfast like a king gitew :D
Anggerik Desa Tomyam
21, Jln Todak 4,
Bandar Seberang Jaya,
13700 Perai,
Pulau Pinang.
#Maaf, tak sempat blog walking.
rm80?
ReplyDeletemak aii :) memang benar king nyer hahahaha...
Banyaknya makanan awal pagi yang dijual siap ada goreng-goreng. Memang rambang mata.
ReplyDeleteTakpe sarapan seperti raja. Malam makan seperti pengemis. Hehe.
Meriahnya pilihan makanan yang ada!
ReplyDelete