Alhamdulillah, by noon rendang ayam dan ketupat palas Ummi dah siap. Sengaja Ummi masak awal juadah raya sebab sebelah petang nak masak untuk berbuka pula. Hari ni anak3 ikut berpuasa, jadi nak masak lauk kegemaran depa sebagai meraikan usaha depa.
Kalau rendang raya, Ummi suka follow satu resepi ni, Rendang Ayam Berkuah. Dah 2x raya Ummi masak rendang ni.
Sumber: Keluarga
Bahan-Bahan
2 ekor ayam
Gula Melaka / gula pasir - Ummi letak 1 ketul gula Melaka + 2-3 sudu besar gula pasir
500ml santan pekat
Asam keping
Garam, perisa
Kerisik
Daun kunyit & daun limau purut - dihiris halus
Bahan Kisar
20 ulas bawang putih
30 biji ulas bawang merah - Ummi letak 4-5 biji bawang besar
3 ketul kunyit hidup
3 inci halia
Beberapa hirisan lengkuas
1 genggam biji cili padi
1 senduk cili kisar
10 batang serai
#Kisar halus semua bahan di atas secara berasingan.
Cara-Cara
1. Panaskan kuali dan masukkan ayam. Balik-balik hingga air ayam kering dan ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah/besar kisar dan cili kisar hingga naik bau.
3. Masukkan halia, lengkuas, kunyit, cili padi dan serai kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan garam, gula, perisa dan asam keping. Gaul sebati.
5. Masukkan ayam. Gaul rata agar ayam sebati bahan tumisan.
6. Masukkan santan dan gaul sebati. Reneh hingga mendidih.
7. Kemudian masukkan kerisik dan gaul rata hingga kuah agak pekat.
8. Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata.
9. Sesuaikan rasa. Tutup api. Siap!
Bila dah siap juadah raya ni, lega rasanya. Lepas Zohor sempatlah bersantai layan telemovie Di Pangkuanku dengan anak-anak. Kisah seorang kanak-kanak yang obses nak jadi ahli Bomba. Sad ending 😭
Turun ke dapur semula ..
Sambil-sambil tu goreng bihun untuk jiran-jiran berbuka. Ramai yang puasa sunat hari Arafah hari ni...
Masing-masing bertukar juadah ..
Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal Ya Karim 🤲
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha!
Rajin buat lauk raya dan lauk berbuka.
ReplyDeleteHehe kita buka rendang daging dan nasi impit (emak buat) serta nasi Arab jiran bagi.
Selamat berbuka puasa sunat arafah
ReplyDeleteSelamat menyambut hari raya qurban
Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang :)
ReplyDelete