Thursday 1 August 2024

Mesin Basuh Pulak 🀦

Hari tu peti ais buat hal, kali ni mesin basuh pulak πŸ˜‡ Mesin basuh ni dah 4-5 tahun kot, tak berapa nak ingat dah. Sebab tu Ummi suka letak dalam blog apa² senang nak trace balik :) 

Mesin basuh tu tak pusing masa basuh, macam ada benda tersangkut. Bunyi dia punyalah kuat, macam orang drill dinding rumah πŸ˜… Tapi bila spin elok pulak dia. 

Bila tanya kedai, probably absorber rosak ataupun motor. Ummi biar je Walid decide, nak beli baru ke nak repair. Sebelum ni dah problem, motherboard rosak. Beli spare part dalam RM200 juga. Mujur Walid tukar sendiri, jimat labor cost di situ. Untuk absorber pula kalau betul rosak, dalam RM200-300 juga ikut kata Sales Assistant kedai letrik tu. Malas nak panggil orang repair datang tengok, sebab datang saja depa dah caj RM50-80. Upah repair, kos alat ganti lain pula. 

Survey dulu...

Akhirnya beli baru ... 

Bulan 3 hari tu ganti peti ais πŸ‘‡

Banyak jugalah kiranya 'cukai barang letrik' untuk tahun ni 😌 Apapun, mesin basuh dan peti ais ni bagi Ummi keperluan terutamanya bagi kita yang berkeluarga ni. Saja² nak tukar baru memang tidaklah. Dah rosak baru beli ganti. 

Mudah-mudahan semuanya berkhidmat dengan baik dan panjang tempoh perkhidmatannya. 

19 comments:

  1. Better la beli baru PH bila dh kos repair Mahal...best mencuci Lepas ni sbb dh xde masalah dh...

    ReplyDelete
  2. Samalah, saya pun suka letak dalam blog. Dah ada 2,3 entry saya pos pasal kerosakan barang elektrik neh. Senang nak refer balik bila beli, bila rosak.
    Moga "mereka" dapat berkhidmat lama dengan puan.

    ReplyDelete
  3. Terbalik pulak dengan linda... Mesin basuh linda yg rosak sebelum nie, tempat spin kering... Hihihi..
    Semoga dapat berkhidmat lama lah barang elektrik kita.. Aamin

    ReplyDelete
  4. ye betul kitrg aritu pun mesin basuh buat hal... baru tukar gak ni harap bertahan la lama kan...

    ReplyDelete
  5. Betul, bagus tulis apa² yg kita beli di blog ni, senang nak cari balik cerita yg berlaku di sebalik pembelian barang², bukan saja² nak beli. Semoga mesin basuh baru berkhidmat dgn baik. Kota ingat kisah peti sejuk rosak tu.

    ReplyDelete
  6. Sudah sampai masa perkhidmatan mesin basuh lama tu.. memang keperluan sangat.

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Tenang sahaja PH hadapi masalah ini. Harap-harap yang baru lama berkhidmat. Insya Allah.

    ReplyDelete
  8. Barang elektrik ni tahan lama tapi sekali dia buat hal nak beli tu memang duit kena sedia....moga dapat berkhidmat selama yang mungkin ya....

    ReplyDelete
  9. kdg2 kos repair mahal better bli baru....hah akhirnya dh beli baru mesin basuh...smoha lebih lama berkhidmat

    ReplyDelete
  10. memang gitulah bila dh sampai masanya...kat umah MZ ni..fridge ni, getah nya dh longgar so bila tutup fridge tu, kena sepak kat bahagian bawah bagi melekat ketat getah nya hahahahah mcm exercise menendang pun ada!

    ReplyDelete
  11. Kalo memang usia dah lama, saya pun prefer ganti baru saja. Terkadang perbaiki ongkosnya beda tipis dengan harga baru 🀭😁.

    Saya pun tinggal bersiap nak ganti barang elektronik. Setakat ini blm ada yg 'sakit', tp usia dah sejak 2011 saat awal nikah. Makanya prepare budget lah in case mereka berulah 🀣

    ReplyDelete
  12. Bila barang elektrik utama rosak tiba-tiba memang lemah semangat nak membeli yang baru..

    ReplyDelete
  13. Mesin basuh, peti ais.mmg penting kan.nak x nak kena gak ganti.huhu
    Hari tu mesin basuh sy problem x keluar air.. nasib baik spare part murah dlm 30+ klu upah org, mau kena ketuk 100+ huhu

    ReplyDelete
  14. Betul jugak kan, boleh trace kisah mesin di blog. Kalau rosak banyak, better beli baru. Kadang pomen pun cakap macam tu.

    ReplyDelete
  15. hahaha alahaiii dia buat perangai tahun 2024..moga yang baru nt boleh guna smpi bila2 hehe

    ReplyDelete
  16. Mereka ni berpakat agaknya yer. Buat hal serentak. ;)

    ReplyDelete
  17. Kalau mesin basuh dah minta duit dua tiga kali tu.. cepat2 lah sedia utk tukar.. skrg nak repair bukan murah .. dtg saja dah kena bayar huhu..

    ReplyDelete
  18. semua benda pun ada expiry date heheh tunggu masa jer...so bila dh rosak, kenalah cari bajet utk beli yg baru!

    ReplyDelete