Monday 5 August 2024

Angah ~ Aktiviti Sea Scout

Aktif juga unit Sea Scout sekolah Angah sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah adalah aktiviti/program yang Angah ikut serta. 

20 & 21 Julai 2024
Kursus Pertolongan Cemas 
RM30/peserta

Sabtu kelas teori. 

Ahad kelas praktikal dan demo. 

Sebelum majlis penutup, ada ujian. Yang lulus akan dapat sijil. Angah kata dia lulus, tapi sijilnya belum dapat lagi. 

1 Ogos 2024
Sambutan Hari Maritim Sedunia 2024 | KLCC 

PMX pergi rasmikan program ni 30/7. Angah dan kawan² pergi 1/8, takde rezekilah jumpa. 

Hujung minggu ni ada National Seaboree di Johor. Kalau pengakap biasa kita panggil jamboree pengakap kan, utk Sea Scout disebut Seaboree. Ummi baru tau 😁 Untuk program ni kami tak benarkan Angah join kali ni. Jauh sangat Johor tu, dan dia pun baru F1, plus uniform pun belum lengkap lagi. Tunggulah besar sikit ye Angah. 

#Credit photos: Ust Mann

11 comments:

  1. Saya pernah mengikuti Jambori Pengakap Sedunia yang diadakan di Templer Park tahun 1990-an. Masa tu saya pandu puteri dapat jemputan ke Jambori ni. Menarik sungguh. Baru dengar pasal Sea Scout. Kalau Scout pernah la saya dengar.

    ReplyDelete
  2. owh ada erk unit sea scout
    Jaman wak sekolah dulu tak pernah dengar

    ReplyDelete
  3. Baru tau jugak. Khadeeja tahun lepas join pengakap tapi tahun ni tak tau kenapa sekolah takde buat aktiviti ko-Q lagi.

    ReplyDelete
  4. Ehh..baru tau kewujudan Sea Scout. Menarik!

    ReplyDelete
  5. baru 1st time tawu psl Sea Scout ni!

    ReplyDelete
  6. Memang jauh Johor ni, PH. Agaknya sbb highway dia 2 lane aje, kalau 3 atau 4 lane cepat sikit sampai, hihi.

    ReplyDelete
  7. tahun lepas join kursus pertolongan cemas dkt opis, byk sebenarnya kita boleh buat untuk membantu memberi bantuan awal sbelum ambulans sampai..

    ReplyDelete
  8. Pengakap skrg ni mcm2 kan udara lah, lautlah, zaman kita dulu tau 1 pengakap je

    ReplyDelete
  9. oo laa... baru tau ada Sea Scout. Sebelum ni tau Scout/Pengakap yang biasa tu. Untuk Sea Scout ada Seaboree. I see.. new knowledge. Tapi tak tau ler semua sekolah ada Sea Scout ke tidak.

    ReplyDelete
  10. first time dengar Sea scout...

    ReplyDelete