Tuesday 6 August 2024

Tahniah Team Badminton 🇲🇾

Alhamdulillah skuad badminton Malaysia berjaya raih 2 pingat gangsa di Olimpik Paris 2024. Tahniah! 

Credit photo: BERNAMA

Gandingan Aaron Chia & Soh Wooi Yik menang gangsa kategori beregu lelaki. Diorang punya comeback tu, epik! 

Frust sebenarnya bila Lee Zii Jia kalah dengan pemain Thailand di semi final tu. Tapi, semalam dia berjaya tebus kekecewaan dan berjaya meraih pingat gangsa. Syabas LZJ! 

Pencapaian terbaik pemain perseorangan negara di Olimpik setakat ni. Mungkin suatu hari nanti ada yang berjaya meraih pingat emas 💪

Syabas juga kepada pasangan Pearly Tan & M Thinaah yang cemerlang dalam kejohanan kali ni. Walaupun tak berjaya meraih pingat tapi semangat dan pengorbanan mereka harus dipuji. Come back stronger

Team badminton dah selesai acaranya. Esok tak silap, team basikal yang diketuai oleh Datuk Azizul Hasni Awang akan masuk gelanggang. All the best juga utk diver kita, Nur Dhabitah yang akan mulakan cabaran dalam acara diving 3m papan anjal. Mudah-mudahan ada rezeki menambah pingat.  




7 comments:

  1. moga ada rezeki la msia nak dpt emas niii

    ReplyDelete
  2. wak pnh jumpa dato azizul hasni awang masa kat jakarta dulu tu., hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat atlet Malaysia. Saya tak mengikuti sukan Olimpik kali ni sebab jawatankuasa Olimpik masih lagi benarkan penyertaan negara haram dalam sukan kali ni padahal Rusia dieorg boleh banned pulak.

    ReplyDelete
  4. Tengok higlight kat Astro pun jadilah tak tengok live. Dia main pun kadang awal pagi kan.....kita pun dah zzz......

    ReplyDelete