Sunday, 18 August 2024

KAMIL ~ Choral Speaking


Hikmahnya bila Kakak terkandas di peringkat KAMIL Zon dalam acara solat jenazah, Kakak berpeluang untuk ke uji bakat acara Choral Speaking. Untuk acara CS ni, terus ke peringkat negeri, tak perlu lawan peringkat zon atau daerah. Dan tak silap Ummi hanya untuk SRAI saja. SRA dan KAFA tak terlibat acara ni walaupun acara² lain yang mana menang di peringkat daerah layak bertanding utk peringkat negeri. 

Syarat pertandingan kena ada penglibatan murid Tahap 2 dan murid Tahap 1. Adik pun pergi juga audition dan alhamdulillah dia berjaya. 

Hari pertandingan, sebelum Subuh dah kena ada di sekolah sebab 6.30 pg dah nak gerak ke SAM Bandar Baru Salak Tinggi, tuan rumah kali ni. Tahun lepas KAMIL Negeri diadakan di SRA Sijangkang. Tahun lepas Kakak dgn Angah, tahun ni Kakak dgn Adik. 

Tahun ni 1 bas je, peserta yang berjaya ke peringkat negeri tak seramai tahun lepas. 

Angah datang bagi sokongan dekat adik² dia. Abang tak balik minggu ni. 

Giliran ke-11, team terakhir buat persembahan. Dalam pukul 11 pg selesai dah acara CS ni. 

Ada gerai² jualan, sakanlah anak² ni shopping,  sekolah bagi RM20/seorang. Harga makanan pun standard kantin sekolah, mampulah budak² nak beli pun. 

Kakak & the gang kelaparan. Ummi belanja  aiskrim Malaysia. Makanan macam biasalah  depa pilih; ramen la, pasta la... Makan tengahari pula penganjur bagi Nasi Ayam. 

Ummi beli pizza ni, satu slice RM3.50 je. Ambik satu box 8 slices RM25, lebih jimat. 

Sedap tau, lembut pizzanya sampai ke petang. Highly recommended 👍 
IG/FB ada kat kotak tu. 

Ajak anakanda berdua ni balik sekali, sebab acara penutup lepas Zohor. Kami malas nak tunggu jadi decided untuk balik dulu. But both of them nak balik naik bas juga. Seronok kata depa. Iyelah bila lagi nak merasa naik bas ramai² dengan kawan²/cikgu² kan...

Alhamdulillah keputusannya ada beberapa orang wakil sekolah Kakak naik pentas;  

Johan Bercerita BI P 
Naib Johan Bercerita BI L 
Naib Johan Khat L 
Tahniah! 

Nampaknya belum rezeki team CS untuk menang. 

Cenderahati penyertaan dapat beg dari JAIS.  

Kita cuba lagi tahun depan 💪





11 comments:

  1. Nampak pizza tu pulak PH....sedapnya....

    ReplyDelete
  2. Well done Kakak & Adik berpeluang masuk KAMIL peringkat negeri.
    Pengalaman yang menyeronokkan tu.

    ReplyDelete
  3. Seronok anak-anak penuh aktiviti cari pengalaman

    ReplyDelete
  4. Wahhh, anak2 PH semua berbakat dan tak malu tampil ke depan. Yakin diri ni bagus, semoga mereka berjaya meraih kejayaan lebih besar dan lebih mudah bawa diri ke peringkat menengah nanti.

    ReplyDelete
  5. acara feveret abg long 2 tahun berturut. memang kalah tolak tepi. congrats dlm mewakili sraisc

    ReplyDelete
  6. Terus teringat viral video baru2 nie choral speaking sempena KAMIL nie.. Dlm bhs arab.. Hebat anak2

    ReplyDelete
  7. Semangat bertanding tu yang penting kan..pengalaman juga...anak- anak kan PH..mas ni la nak simpan kenangan...

    ReplyDelete
  8. Gerai2 jualan ini yg menarik hati memang 😍😍😁. Biasanya anak saya paling sukaaa kalo ada event dan banyak jualan makanan. Habis beli Macam2 🤭

    ReplyDelete