Thursday 29 August 2024

Penyapu Moden

Lama dah berkenan dengan handheld vacuum cleaner yang ramai orang sekarang guna tu. Tambah² yang orang jual di TikTok, jenis cordless. Nampak senang je macam ambil penyapu, sapu sampah. Ringan dan senang nak usung sana sini as compared to vacuum cleaner yang berat tu kan... 

But knowing Walid, of course benda² macam ni dia tak akan beli sembrono 🀭 Hari tu survey dekat Lazada tapi Walid cakap suction power tak kuat. Ummi pasrah je la time tu. 

Tapi, baru² ni Walid jumpa yang okay pada dia, terus order. Sampai Isnin lepas, beli dekat Wowshop. Jenama Shimono, RM179. 

Sabtu 24.8.2024 dirasmikan penggunaannya haha. Anak² soleh balik bermalam, kita buat kerahan tenaga vacuum bilik πŸ’ͺ

Cumanya bukan cordless dan pakai letrik.  Ikutkan banyak jenama terkenal yang dah keluarkan cordless vacuum sekarang ni tapi itulah bajet kita takat ni je ☺️
Yang ini wayar dia  agak panjang, rasa² 3m panjangnya. Cukuplah nak 'menyapu' ruang tamu rumah kami tu. 

Puashati nampak habuk² dsbnya yang berjaya disedut. Memang hari² vacuum carpet ni. Sedutan dia memang kuat, and quite bising. Tapi takpe, janji powerful

Dapat spray mop free
Spray mop ni pun Ummi suka guna, sebab tak payah perah² dah, tak payah nak usung² baldi air dah. Kain lap tu pun boleh dibuka dan dibasuh. Yang ini dapat extra kain lap. Pernah beli dekat Mr DIY mop jenis ni cuma yang ni batang mop tu besi, kukuh. 

Alhamdulillah bertambah gajet yang memudahkan urusan harian. Moga bertambah rajin jugalah Ummi ni :D 






16 comments:

  1. Tapi kan selalunya kalau vacuum cleaner berwayar, suction nya lebih kuat.

    ReplyDelete
  2. MZ guna yg cordless, pun not bad lah, so far puas hati , brand corvan, ari tu beli harga RM272 all in (guna voucher promo etc)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti best guna yg cordless ni kan, bole usung sana sini πŸ‘

      Delete
  3. Saya pulak tengah mengidam nak beli vacuum ni:
    https://airbotmalaysia.com/products/airbot-iclean-omni-x

    Semoga ada rezeki dapat vacuum idaman kita masing2 πŸ˜„

    ReplyDelete
  4. Linda pun ad yang cordless, tapi suction tak kuat sangat.. Pakai muncung pendek dia.. Utk celah2, sedut rambut n habuk... Kat karpet, tetap lah pakai penyapu.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajinnya Linda sapu carpet πŸ‘
      Akk kalau karpet mesti nak guna vacuum :)

      Delete
  5. Saya ada yang cordless. Beli tak murah pun tapi suction tak kuat. Now guna brand karcher yang besar gedabak ni. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye? Lega tak jadi beli yg cordless tu :D
      Karcher tahan lasak kan. Reliable pulak tu πŸ‘

      Delete
  6. Kami pun guna vacuum shimono. Memang bagus quality nya. Pakai sejak tahun 2000, dah 3 kali beli. Yg pertama guna 7 tahun. Yg kedua beli 2016 now anak guna di campus, yang ketiga beli 2 tahun lepas. Kabel dia panjang dan ringan. Cuma jgn guna lama sangat. Kena stop2 dulu. Takut panas motor nya. Kalau jaga, memang lama tahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak bg review & tips 🫢
      Alhamdulillah okaylah brand ni kan, asalkan kita guna & jaga elok²

      Delete
  7. Semangat nak bersihkan rumah ada gajet baru kan 😁

    Saya pernah ada jenis ‘penyapu’ cordless, hmm tak boleh harap sangatlah. Caj bukan main lama, tapi tak boleh nak pakai lama. Maybe kena beli harga lebih mahal, baru puas hati kot.

    Eloklah PH pakai ada wayar, tak payah fikir nak caj πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tengok komen kawan², alhamdulillah kami buat pilihan yg betul harapnya.

      Delete
  8. Makin bersemangat anak-anak tolong ummi bersihkan rumah.

    ReplyDelete