Tuesday 13 August 2024

Abang ~ Hari Bicara Akademik (PPT)

Jumaat | 9.8.2024

Selesai hantar Adik Kakak ke sekolah, terus Ummi Walid ke sekolah Abang. Program mula pukul 9 pagi tapi malas nak balik rumah. Nanti nak keluar semula mesti sesak sebab orang nak pergi kerjakan. 

Sarapan dulu di kedai makan tak jauh dari sekolah Abang. Banyak kata² motivasi digantung di dinding kedai ni. 👆 antara yang menarik perhatian Ummi.

Overall keputusan PPT Abang kurang memuaskan, terutama subjek² sains tulen yang baru dia belajar; Fizik, Bio dan Add Math. 

First exam F4, belum dapat rentak agaknya. Result ke laut huhu...
 Harap Abang cepat sedar dan bertindak segera. Bulan 11 ni UASA then naik F5. SPM Abang back to tahun semasa i.e bulan 11-12 2025. 

Rumusan/dapatan hasil perjumpaan dengan guru² Abang yang sempat kami berdialog; 

Cg P | Add Math
Cikgu pesan;
- rajin buat latihan
- usaha selesaikan soalan hingga dapat jawapan, don't simply give up bila tak dapat jawapan 
- jangan salin jawapan kawan. Biar penat usaha cari jawapan, jgn penat salin jawapan kawan 
- tak faham, jumpa cikgu

Cg A | Math Mod
Cukup² makan je markahnya. Sebab soalan PPT tempohari masuk sekali silibus dari F1. Tak bersedia dan tak buat ulangkaji silibus F1-F3. Cikgu tegur juga jangan tidur dalam kelas. Adoi la anak soleh Ummi ni. Duduk belakang sekali, bila tak faham cikgu ajar, mulalah tak fokus. Lepas tu tidur 😇 
Wake up Abang! 

Cg X I Fizik 
Satu lagi subjek Abang belum kuasai. Cikgu pesan suruh buat nota, supaya senang nak ingat. 

Cg F | Add Math 
Cg F ajar Add Math kelas Abang, Cg P ajar tuition Add Math  utk semua kelas F4  di sekolah. Sebab tu kami jumpa dua² cikgu sebab markah Add Math Abang sangat rendah :( Cg F pun ingatkan suruh Abang jumpa one to one dengan cikgu sekiranya tak faham. 

Ust A | BA
Buat pertama kali sejak sekolah rendah, Abang dapat result BA yang teruk 🤭 Rupanya dia tak buat karangan, 25 markah hilang. Mungkin sebab dia tak sihat time PPT tu atau memang tak reti nak buat tak tahulah :( 

Cg A | Kimia 
Excited Cg A sebab sikit lagi Abang dapat A Kimia. Harapnya Abang dapat tingkatkan usaha bagi dapat A. Kalau dah strong 1 subjek ni, boleh fokus utk naikkan gred Bio dan Fizik serta Add Math pulak. 

Tr P | BI
"Your teacher doesn't getting any younger Fawwaz" tegur Tr P sebab handwriting Abang kecik sangat! Ummi pun geram sebab handwriting dia sampai tahap kena pakai kanta pembesar kalau Ummi pun nak baca 😬
 SPM nanti sudahlah banyak subjek bertulis, biarlah senang penanda kertas nak baca Abang ye. 

Cg N I  Sejarah 
Pun sikit lagi nak dapat A. Cikgu pesan suruh buat nota supaya senang nak rujuk dan buat ulangkaji. Bab buat nota ni kalau girls rajin Ummi rasa, boys ni tak berapa. Ini berdasarkan pemerhatian terhadap anak² Ummilah. Kakak rajin buat nota dan cantik² notanya. Warna-warni lagi...

Itulah je guru² yang sempat kami jumpa. Fokus pun pada subjek² yang Abang tak skor masa PPT hari tu. Ustaz halaqah Abang ada urusan di luar, manakala guru kelas kedua, Ustaz A Walid sempatlah sapa. Untuk hafazan, Abang dah hampir khatam alhamdulillah. Ada rezeki sikit masa lagi khatamlah dia. Ummi pun harap dia khatam tahun ni, supaya dapat fokus kepada akademik. 

Doakan Abang ye 🤗




22 comments:

  1. InsyaAllah abang boleh tu...saya pun duk risau Pia asyik menangis bagitau cikgu ajar laju sangat,esok last dia exam mmg tak taruh harapan pun lg pd dia,cuma risau dia plk down tgk keputusan exam nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...
      Hopefully result Pia bagus spy dia lebih bersemangat 🤲

      Delete
  2. Alhamdulillah...boleh cuba lagi...Linda tak tahu lah dengan anak bujang kat rumah tu...harap2 bila masuk sek men nanti,matang sikit...tahu nak belajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cg ada cakap boys ni kalau dia dah ada kesedaran, mula ulangkaji mmg boleh skor cuma sementara nak dapat kesedaran tu yg fenin 😁 Yang baik² juga utk anak² Linda 🌹

      Delete
  3. semoga abang akan terus bersemangat mencapai kejayaan di masa akan datang dalam pelajaran, doakan selalu PH naa... Aamiin

    ReplyDelete
  4. semoga abg lebih berusaha, insyaallah takda masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis. Betul kena ada kesedaran utk lebih bersungguh²

      Delete
  5. Terkenang pulak result SPM BA saya teruk gara-gara silap faham soalan karangan. Jawab berjela, tapi tak menepati kehendak soalan.

    Semoga anakanda PH kuat semangat dan dapat buat yang terbaik insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, sedihkan bila tersilap faham gini. Usaha dah diberi tapi bukan rezeki la tu kan PU
      Aamin tq Aunty 🌹

      Delete
  6. Semoga keputusan ni akan memotivasikan abang untuk meningkatka usaha & belajar dengan lebih tekun. Anak no. 2 pun baru bawak balik kerta ujian minggu ni, markah Maths rendah sebab tak buat ulangkaji dan markah BI pun sama sebab banyak silly mistakes. Tapi karangan BI dia pasal my mom buatkan hati saya rasa berbunga2 🌸 Terus tak jadi membebel 🤣

    ReplyDelete
  7. teruskan berusaha abg! my ariff kena amik result examnya ari jumaat ni...hrp2 ok lah resultnya

    ReplyDelete
  8. Insyaa Allah masih banyak masa. Moga abang berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin tq Kak
      Tapi rasa semput dah Kak 😅

      Delete
  9. skrg musim hari pemuafakatan... tahniah abang... teruskan usaha... bbrp bulan ni mmg kena struggle sikit... lepas spm nnt bolehlah healing santai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Kakak baru habis PPT, cg tengah marking papers. Sikit lagi kena mengadap jugalah :)
      Itulah ckp dekat Abang, pulun utk 2 thn ni je 💪

      Delete
  10. Wahh.. ramai cikgu mengajar yang umi sempat jumpa ya. Kiranya cikgu-cikgu ni pun ada kaunter sendiri ya. Tak ada lah hanya jumpa cikgu kelas sahaja.

    ReplyDelete
  11. byk cikgu dpt jmpa tu..bole kenalpasti apa yg bole di improve..tisya esok sesi dialog dgn guru tgk prestasi dia

    ReplyDelete
  12. Aall the best Abang..insyaallah abang boleh...

    ReplyDelete