Sunday, 11 August 2024

Sesi Pendengaran Bantahan MPS


Dapat notis dari MPS (Majlis Perbandaran Selayang) tentang cadangan kenaikan cukai taksiran di kawasan kediaman kami dan kawasan² di bawah MPS yang lain. Penilaian semula nilai hartanah akan dibuat selepas kali terakhir dinilai pada tahun 1992. 

Cadangan kenaikan cukai taksiran ni menimbulkan keresahan dan kemarahan penduduk. Walaupun begitu, kami diberi peluang untuk membuat bantahan sama ada secara bertulis atau online. Adalah deadline yang diberi untuk berbuat demikian. 

Beberapa minggu/bulan selepas deadline tu, MPS menjemput para pengadu ke Sesi Pendengaran Bantahan ni. Ummi pun hadirlah di Dewan Beringin Sri Gombak pada 23.7.2024, ikut tarikh dan masa yang ditetapkan. 

Ini adalah kali pertama Ummi terlibat dengan sesi sebegini. Hanya yang pemilik rumah atau wakil yang sah (kena isi surat wakil & bawa salinan KP owner) sahaja boleh masuk ke dewan untuk sesi pendengaran ni. Selain dari pegawai² MPS khususnya Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, YDP dan ahli majlis juga terlibat dengan sesi ni. 

Khemah menunggu, sementara sesi 1 bersidang. Setiap sesi diperuntukkan 1 jam sahaja.

Kedudukan dalam dewan ni ikut neighborhood masing². Bersama kami ada 2 lagi kejiranan yang terlibat utk sesi 2 ni. Nanti adalah wakil dari setiap kejiranan ni akan bercakap. Terhad kepada 3-5 orang saja utk setiap kejiranan tu. Sesi ni purely untuk pendengaran saja, segala input akan dibawa ke pihak kerajaan negeri dan keputusannya akan dimaklumkan kelak. 

Kali terakhir penilaian semula dibuat ialah pada tahun 1992, jadi ada logik penilaian semula dibuat. Cuma majoriti membantah sebab kenaikannya terlalu tinggi, ada yang sekali ganda, 2x ganda pun ada. Tapi, perkhidmatan dan kebajikan para penduduk boleh dikatakan tidak berubah. Masalah infrastruktur yang tidak diselenggara dengan baik, masalah parking, sampah, hak milik strata antara perkara yang dibangkitkan. Ummi sembang² dengan orang lain pun rata² tak bantah jika ada kenaikan cukai taksiran ni tapi janganlah sampai membebankan rakyat. Ini mentang² lah dah lebih 30 tahun tiada kenaikan, sekali mencanak naiknya. Dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi lagi, terasalah bebannya. Ada yang meluahkan jika denda lewat bayar RM20 yang dikenakan pun dah terasa membebankan baginya, apatah lagi nak naik cukai taksiran ni :( 

Bantahan yang dikemukakan sangat rendah :( Ramai yang bantah tapi tak kemukakan bantahan ikut saluran yang disediakan. Sekadar meluahkan rasa tak puashati cukai taksiran akan naik. Sedih tengok figure ni. Kemungkinan juga yang tak buat bantahan pemilik rumah di kalangan warga emas. Mungkin tak arif dengan teknologi atau kekangan utk ke MPS sendiri bagi hantar bantahan bertulis. Dan mungkin ada yang fikir takpa, biarlah orang lain yang buat bantahan.  Satgi cukai naik, barulah nak bising 😑 Seeloknya bila diberi hak untuk menyatakan pandangan, ambillah peluang tersebut. 

Satu pengalaman baru untuk Ummi. Menarik dan berharga utk digunakan di masa depan khususnya melibatkan hak sebagai pemilik rumah dan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin. 

10 comments:

  1. Semoga ada penyelesaian yang memenangkan kedua-dua belah pihak.

    ReplyDelete
  2. moga dpt cari jln penyelesaian terbaik utk kedua-dua pihak aminn

    ReplyDelete
  3. Mahal jugak cas lewat bayar... Dekat perak, rumah yang linda beli.. Lewat bayar RM5...
    Betul,kalau nak naik, infrastuktur dan perkhidmatan pun kena ok lah...

    ReplyDelete
  4. Nasib jugak x viral di medsos ek.. selalunya keyboard warrior menang part ni

    ReplyDelete
  5. bab2 parking tu...jd tak terkawal sbb faktor utama mentaliti dan undg2 kat msia ni...jauh beza dgn negara maju...kat sana, ada rules utk beli keta ie cthnya kena make sure dh ada tempat utk parking etc..kat msia ni, satu rumah ada 4-5 bijik keta (if not 2-3) so abih kiri kanan jln jd tempat parking ikut suka ati..then lori sampah pyh nak masuk utk amik sampah sbb tak muat nak lalu/tak leh selisih....memang sgt2 annoying la bab keta terlalu byk kat msia..keta buruk2/lama2 yg patut lupus pun terlalu byk jugak

    ReplyDelete
  6. Rupa-rupanya cuma boleh bantah ikut 5 alasan tu shj. Kira tak boleh persoal perbelanjaan mereka yang menyebabkan peningkatan kos, seterusnya menyebabkan kenaikkan cukai.

    Saya bayar cukai untuk rumah di NS. Pun sama, denda lewat RM20. Walaupun lewat sehari gara² terlupa. Huhu

    ReplyDelete
  7. lamanya tak datang sini jenguk PH...

    ReplyDelete
  8. moga ada penyelesaian yang menenangkan hati penduduk

    ReplyDelete
  9. Moga yang baik2 ajer buat PH dan penduduk di bawah MPS.

    ReplyDelete
  10. SA doakan semoga ada jalan penyelesaian atas permasalahan ini...haih..semua benda nak naik plak dah...

    ReplyDelete