Monday, 26 August 2024

Buah Mulberry

Hujan² ni alhamdulillah tanaman rancak berbunga, berbuah... 

Pokok ada 3 batang je tapi rajin berbuah. Tak lebat pun, macam dalam gambar² kat atas πŸ‘† Tapi saban hari tu adalah 2-3 biji Ummi dapat petik. Buah ni rasanya masam² manis, sedaplah bagi Ummi buat kunyah². 

Yang dah merah kehitaman macam ni baru manis, kalau merah menyala tu belum ranum. Masam! 

Jirannya pokok belimbing buloh pun tengah rancak berbuah. Kali ni kami kongsi rezeki dengan jemaah surau pulak. Ada simpan sikit untuk jiran² yang belum dapat masa agihan tempohari.

Dapat sebaldi, pack siap² senang. Yang pasti Atok kesayangan Angah dapat sebungkus, Angah bagi by hand :) 

Ada rezeki tuaian lepas ni nak bagi geng Ummi pulak; geng mak² ambil anak kat sekolah 😁 Lepas tu mungkin rezeki kawan² blogger pulak kan? 

15 comments:

  1. pokok mulberi saya dlm pasu, so far baru sekali jer berbuah..memang sedap la buah dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada org kata kena rajin trim, makin rancak dia berbuah. Sy sayang nak trim byk², takut pokok mati 🀭

      Delete
  2. Saya pulak suka makan yang merah menyala. Masam kelat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak lepas telan yg merah² ni, berkerut muka nak gigit pun πŸ˜…

      Delete
  3. Gulai belimbing buluh...sedapnya!

    ReplyDelete
  4. Buah mulberry kaya dengan vitamin C. Tapi tak pernah makan buah ni.

    ReplyDelete
  5. wah belimbing buluh... boleh buat sambal hitam tu

    ReplyDelete
  6. Walau tak lebat buah mulberry tu, tapi tetap membahagiakan sebab ada hasil yang boleh dinikmati. Rasa puas makan tanaman sendiri tu, lain macam 😁

    Lebat sungguh belimbing buluh PH, besar buahnya.

    ReplyDelete
  7. Pokok mulberi tu ada sepokok dulu kat rumah family. Ya rasanya masam-masam manis tapi selalu dapat yang masam. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Wahhh.. mesti ada yg menyambal hitam tu nanti. Apa kata try masuk buah mulberry dalam sambal hitam.

    ReplyDelete
  9. Mulberry dah berubah Alhamdulillah. Belimbing buluh memang lebat kalau berubah kan, macam pokok kawan.

    ReplyDelete
  10. Lebat buah belimbing tu, rezeki jiran-jiran juga ya.

    ReplyDelete
  11. Ada tanam, tapi tak gheti makan buah dia

    ReplyDelete
  12. Sedapnya buah mulberry tu masam- masam manis, dulu kat kampung ada pokok dia dan selalu berbuah..la ni takde dah rasanya dan belimbing buluh tu...sedap campurkan dalam masakan..buat campur masak dengan telur itik pun sedap

    ReplyDelete
  13. Mulberry ini kdg saya dapat yg sedap, kdg dapat yg masam sangat 🀣🀣. Di US pula beli, saya pikir bakal manis. Ternyata asam manis tp saya merasa ada biji kecilnya. Jadi tak nyaman pula. Rasanya memang saya tak terlalu suka buah ini πŸ˜…

    ReplyDelete