Saturday 24 August 2024

Rezeki Jumaat 18 Safar

Ramai yang suka ambil peluang berkongsi rezeki di hari Jumaat kan... 

Nasi Tomato pemberian keluarga Hasya, sempena Hasya khatam hafazan semalam. Satu batch parents dia jamu. Tahniah Hasya! Selain Hasya, Amjad dan sorang lagi GEXXIN khatam semalam. Abang & Luth minggu depan إن شاء الله 

Ajim, kawan Abang ke Thailand sempena pertandingan Daie Voice ASEAN. Abang kirim pes tomyam untuk Ummi :D 

Limau Kasturi segar dari Bik. 
Buat air sedap ni kan...

Walid bawa balik Roti Khurasan & Nasi Ayam Benut. Minggu lepas outstation ke Tanah Jauhar lagi :) 

Petang semalam hujan lebat betulkan... Lama juga Walid 'sangkut' dari Pedas-Linggi nak ke Seremban tu. Then bersambung traffic jam sampailah ke DUKE. 

Ummi pun bertempur juga dgn hujan lebat masa nak ambil anak² balik dari asrama. 2x cermin depan kena splashed dengan air bila lori lalu sebelah bertakung. Gelap, tak nampak depan masa tu! Alhamdulillah Allah pelihara perjalanan pergi balik, sampai ke rumah dengan selamat walaupun sangat mencabar drive dalam hujan lebat. 


11 comments:

  1. Paste tomyum tu sedap. Memang guna paste yang ni.

    ReplyDelete
  2. Seram nak drive time hujan lebat sebab takut ada banjir tengah2 jalan, karang sangkut pulak dalam banjir huhu.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Rejeki dikongsi bersama

    ReplyDelete
  4. rezeki melimpah ruah namanya. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.mcm2 rezeki mknn tu 🤩❤️

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki macam2 sedap semua.
    Kalau hujan lebat memang kena extra careful drive nya.

    ReplyDelete
  7. Tetiba kena splashed dengan air mesti terkejut.

    ReplyDelete
  8. pandainya abang kirim buah tangan untuk ummi...pes tomyam tu memang sedap saya dah pernah rasa

    ReplyDelete
  9. lama x restok paste tomyam tu.. selalu pesan org beli di padang besar kalau x pun shopee... senang bila ada pes tu kt rumah.. hehe

    ReplyDelete
  10. Macam dah lama plak x beli paste tomyum tu...selalu kirim kat adik kalau dia balik perlis...next month nak kirim la...

    ReplyDelete
  11. Paste Tomyam itu saya nak beli waktu itu. Tp tak jadi pula. Sekarang menyesal 🤣. Nantilah kalo teman ada yg Thailand, nak titip

    ReplyDelete