Balik dari outstation of course ada buah tangan kan ...
Goreng Pisang dgn Sambal Kicap, signature orang Johor ๐ค
Ada juga otak² dan kuih bom/kuih bijan.
Bijan orang Kedah (sesetengah tempat) panggil 'lenga' :)
Dan shawarma...
Shawarma ni kata Walid plan-nya nak makan dalam perjalanan, tapi kenyang lagi sebab dah makan tengahari. Bahaya juga nak drive sorang² dalam kekenyangan, mengantuk satgi.
Singgah solat Jumaat di kampung Puan Ujie ☺️
Lepas Jumaat bertolak dari Tanah Jauhar, sampai di Gombak lepas Maghrib. Kuih muih pun dah keras/liat, Ummi panaskan semula guna air fryer alhamdulillah rangup semula. Lama dah tak makan Goreng Pisang cicah sambal cili gini, sedap. Teringat balik 4 tahun lepas kami ikut Walid outstation ke Pontian, hari² makan Goreng Pisang dgn Sambal Kicap yang dibeli di depan Semerah Garden Hotel.
Oh, PH ikut walid outstation ke Pontian ke?
ReplyDeleteNanti lain kali try cecah cekodok pisang ngan sambal kicap, sedap jugak tau.
Tak SK, anak² sekolah...
DeleteOh ye ke? Nanti nak try ๐
Pisang goreng cicah sambal kicap ni tak ramai yg suka termasuklah wife saya huhuu
ReplyDeletemasa duk Johor dulu pertama kali jumpa pisang goreng makan dengan sambal kicap. Mula2 macam pelik. Bila dah try rasa memang sedap. Sampai sekarang kalau beli pisang goreng mesti makan dengan sambal kicap kat rumah.
ReplyDeleteGoreng pisang cicah sambal kicap tu lama juga tak jumpa. Kalau kat Johor tu biasa la.
ReplyDeletePisang goreng merentas beberapa negeri ni. Jauh perjalanannya.
ReplyDeleteSedap tu pisang goreng cicah kuah kicap. Kat belah Kulim ni kadang-kadang jumpa juga pisang goren kuah kicap ni. Bila ramai orang luar daripada negeri lain-lain, dapatlah juga mencuba pelbagai makanan negeri .
ReplyDeleteSedapnya pisang goreng cicah kicap..selalu jumpa kat JB je time selalu ke sana..
ReplyDeleteSaya sukaaa pisang goreng pakai sambal kecap. Di sinipun ada daerah yg seperti itu makannya. Ada juga daerah yg makan pakai sambal roa. Macam2 memang. Yg mana pun saya sukaaa, asalkan pisang gorengnya sedap ๐
ReplyDelete