Wednesday 31 July 2024

Koktail Jeli & Sagu

Kali ni Ummi buat koktail letak sagu. Nampak menarik resepi yang di-share oleh Iqa Othman di TT. Selalu buat koktail tak letak sagu, curious juga Ummi apa rasanya, itu yang teruja nak cuba. Plus anak⁴ pun suka koktail. 

Bahan²; 
1 tin susu cair 
3-4 sudu makan susu pekat - adjust ikut manis yg kita nak 
1 peket jeli - keluarkan dari bekas dan potong kecil² (masukkan dalam satu mangkuk, ambil pisau potong dlm bekas tu je)
Nata de Coco - nak cantik, guna pelbagai perisa/warna
Sagu - masak atas api hingga kembang dan tapis

Mula² bancuh susu cair, susu pekat dan air ( Ummi letak juga susu full cream). Adjust kuah koktail ni bagi sedap, manis ikut citarasa masing². Ummi letak juga garam sikit, bagi rasa lemak² sikit. 

Sudukan jeli, Nata de Coco dan sagu ke dalam bekas pilihan. Nata de Coco Ummi warna putih, tak naik seri sangat. Perisa lain takde masa tu, out of stock jadi ambil je la sebab dah tak sabar nak try resepi ni :D 

Tuanglah kuah koktail tu ke dalam bekas tadi. Ni tugas Adik... 

Simpan dalam peti ais dulu. Sedap dinikmati bila dah sejuk. Lagi sedap jika biarkan semalaman dalam peti ais, sebab rasa dia sebati semuanya.  Ummi sukalah ada sagu tu kan,  tapi Adik & Angah kurang gemar pulak sebab ada sagu tu. Abang dan Kakak pulun hehe... Kalau taknak letak sagu pun boleh, buat versi jeli & Nata de Coco je. Pun sedappppp... Nak buat koktail ni senang, atas kita nak letak apa pun. Letak buah²an pun sedap, letak kastard pun sedap. 

Tq Iqa Othman πŸŒΉ
Resepi ni dia buat meniaga kecil-kecilan. Semoga bertambah luas rezekinya dan berjaya dlm perniagaannya 🀲

12 comments:

  1. Lagi sedap kalau orang buat... Yummmeh sangat... Hihihi

    ReplyDelete
  2. Menariks jugak tu letak sagu, selalu kita letak sagu dalam pengat atau sagu gula melaka.

    ReplyDelete
  3. Sedap nii..nak buat pun mudah kan ..perlukan kerajinan

    ReplyDelete
  4. Simpan dalam esbok, dah sejuk baru makan, sedapnyer

    ReplyDelete
  5. Menarik jugak tambah sagu. Pelbagaikan rasa.

    ReplyDelete
  6. lama tk buat cocktail tp xpernh lg ltk sagu...sedap tu mkn sejuk2

    ReplyDelete
  7. Sedap ni PH. Makan sejuk2 menyegarkan.

    ReplyDelete
  8. Sedap ni. Sejuk je lalu kat tekak..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah sedapnya iniiiii. Kalo dah dingin memang lah sejuuuk di badan abis minum 😍😍😍

    ReplyDelete