Saturday, 25 February 2023

Selamat Menunaikan Umrah

Alhamdulillah kesayangans Ummi sedang berada di Tanah Suci ketika ini untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah telah sampai jemputan Allah SWT kepada mereka. 

21/2 Mami Zya berangkat ke Madinah Al Munawwarah. 

Masjid Quba. 

Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah. 
(HR Ibn Majah).

Dulu, ada orang berjualan di sekitar kawasan luar masjid, kurma dsbnya. Antara yang menarik pandangan Ummi ialah kurma berwarna merah! Ceritanya ada di SINI.

23/2 pula Makcik, Daniel & Ayel terbang ke bumi Madinah. 

Credit: Makcik 

Alhamdulillah mereka sekeluarga berada dalam keadaan sihat. Hari² D&A minta Makcik belanja aiskrim sebagai upah pi masjid haha...  Budak² kan... 

Semoga ada rezeki untuk Ummi & Walid  kembali ke tanah suci, bersama anak⁴ pula 🤲 Doakan tau! 


4 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan mereka dan hajat PH dimakbulkan, insyaAllah.. Amiinnnn YRA

    ReplyDelete
  2. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan semoga PH & suami diberi rezeki sekali lagi utk ke Tanah Suci, Insha Allah...

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkan urusan mereka di sana...dengan harapan Allah juga menjemput kita semua untuk ke sana...lately memang teringin sangat nak ke sana,bila tengok kawan2 dah sampai terasa sayu&sebak bila la agaknya giliran saya sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Semohga dipermudahkan urusan ibadah mereka dan mendapat Umrah yang mabrur

    ReplyDelete