Monday, 27 February 2023

Cuti Sekolah Day 8 ~ Jom pi KB

Maaf, tak sempat ke blog kawan², kami berhujung minggu di Pantai Timur, urusan keluarga :)

Usai sarapan di Maiishelloud, kami terus bergerak menuju ke Kota Bharu (KB). 

Ikut exit Bentong, first time lalu jalan baru ni. Kami pun dah hampir 10 tahun tak ke KB, banyaklah yang berubah kan?

Pekan Raub.

Rasanya Central Spine Road (CSR) tu sedang disiapkan sebab banyak juga kami lalu jalan under construction dan ikut alternative road. Perjalanan pun lebih panjang jadinya.

Dia punya alternative road tu sampai lalu depan rumah orang 🤭

Nampak masjid, singgah sat refresh diri. 

Puasa, raya dah dekat... Sempat ke siap ni? 

Lipih 🤩 
Kawan² ofis dulu ada 2-3 orang asal sini. Kebetulan Cik Ana ada di kampung tapi tak sempat dah kami nak menyinggah.

CSR Package 5 area Merapoh ni dak siap. Elok jalannya, tak perlu lalu jalan yang selekoh tajam² tu. View pun cantik, kiri kanan bukit-bukau. Ada satu bukit tu ada signboard Merapoh The Caving Paradise. Memang unik bentuk bukit² di sini. 

Dari Gombak jam 8.45 pg, jam 12.30 sampai ke Gua Musang. 

Berhenti makan, solat dan bersiar-siar dulu di sini. Anak⁴ semua dah besar, dah boleh faham dan ingat apa yang dilihat dan didengar. Trip 2014 dulu hanya Abang yang ingat, tapi ingat² lupa. Dia baru 6 tahun masa tu :) 

Menuju ke Kuala Krai. 

Sampai di Manek Urai nampak asap berkepul-kepul di tepi jalan. Ingatkan bakar akok tapi lemang rupanya! Umpama di Kijal, Terengganu, sepanjang jalan orang jual lemang. Beli juga 3 batang RM10 (saiz paling kecil) dan sebekas rendang ayam RM6. Setiap pembelian juga Disertakan dengan satu bungkus air gula untuk cicah dengan lemang tu. Sorry, lupa ambil gambar :) 

Perjalanan diteruskan. Makin hampir dengan Bandaraya KB, kereta makin banyak. Sempat Ummi potretkan pemandangan cantik ni...


Masa ni Abg Aqim & Abg Anas dah sampai di tempat penginapan. Mereka dari Kedah, ikut Lebuhraya Timur Barat (Gerik-Jeli). Dalam perjalanan di tengah² hutan tu terserempak dengan anak gajah melintas jalan! 

Credit: Kak Syuhada

Alhamdulillah setelah 10 jam perjalanan kami sampai ke destinasi...

Good night KB 🌛




5 comments:

  1. wah, seronoknya berjalan2 ke KB. Dah lama tak ke Pantai Timur. Tak sesak ke jalan sis?

    ReplyDelete
  2. Saya juga nak balik ke KB esok hehe

    ReplyDelete
  3. Seronok la sesekali jalan jauh...lama dah SA x buat jenjalan ngan family jauh2 macam ni...bulan 11 nak buat la..sempena family day kami

    ReplyDelete
  4. Wah....jalan jauh merentas Banjaran Titiwangsa

    ReplyDelete