Saturday, 18 February 2023

Rasmi Sejadah Baru Sempena Isra' & Mikraj

Ibadah solat sangat sinonim dengan peristiwa Isra' & Mikraj kerana sewaktu peristiwa inilah Baginda Rasulullah SAW menerima perintah solat secara langsung dari Allah SWT. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat kepada seluruh umat Islam.

Credit: JMNS

Berbalik kepada tajuk, sejadah cantik jenama مدى (Mada) ini dihadiahkan oleh Aunty Farah kepada Ummi dan Walid sekitar bulan 11 tahun lepas. Waktu tu rumah kami hampir siap dibaiki jadi beliau menghadiahkan sesuatu yang istimewa sebagai simbolik permulaan baru untuk kami. 

Cantik, tebal dan ekslusif sejadahnya. Selesa sangat bila bersolat di atas sejadah gini. Alhamdulillah rezeki 🤲

Ummi punya warna krim, dah rasmi awal Rejab hari tu. 

Didatangkan dalam box yang ekslusif, sesuai untuk dijadikan hadiah. 

Selamat memperingati peristiwa Isra' &  Mikraj dan sama-sama menghayati serta mengambil iktibar dari peristiwa penting ini. 

Credit: JMNS

5 comments:

  1. Masha Allah, cantik sejadahnya. Suka sejadah yang tebal, selesa dipakai masa solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rasa seronok nak berlama-lama semasa solat sbb selesa :)

      Delete
  2. Alhamdulillah. Pahala mengalir untuk yang memberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye NA...kita pun niatkan agar beroleh pahala bagi yg memberi .

      Delete
  3. SA pun dah rasmi sejadah dan telekung yang hadiah masa bertunang hari tu...best sejadah lebih kurang sama, lembut je..

    ReplyDelete