Thursday, 2 February 2023

Mail Mee Rebus, Melawati


Breakfast di Mail Mee Rebus ni semalam. Lama tak datang, makin sedap pulak rasa mee dia esp mee goreng yang Ummi order... Tak kedekut rencah dan aksesori pun segar. Rangup je bila gigit cili mahupun daun salad dia. 

Penang style, ada kentang, cucur dalam mee goreng tu. Kedai Melayu ye, bukan mamak. 

Sekarang harganya dah RM5.50 sepinggan. Tahun 2017 cuma RM4.00 sepinggan. Add on sambal sotong, paru dsbnya ada extra charge. Nonetheless, harganya berbaloi dengan saiz hidangan, keenakan dan servisnya. 

Walid makan Mee Rebus...

Waktu operasi dari pukul 7.30 pg - 11.00 pg. Tapi, that day pukul 10 pekerjanya dah letak signage "Closed". Ramai cuti sempena Hari Wilayah. 

Masa kami sampai, que agak panjang. Order, bayar dan tunggu sekejap sementara makanan siap. Self service dah sekarang, dulu kita duduk dan depa serve. Untuk bungkus, ada special lane. 

Walaupun beroperasi di Medan Selera, tapi kedainya bersih dan ceria. 

Mail Mee Rebus
No 31 & 32, Bazar Melawati (food court sebelah pasar malam)
Jalan Negara
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
No Tel: 012 2303101
Waktu Operasi: 7.30 pg - 11.00 pg
(Setiap hari kecuali Jumaat)

Jemput singgah! 


16 comments:

  1. menarik nmpk tu..nanti bole la try mee rebus tu

    ReplyDelete
  2. kalau dokek memang cek singgah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang Gombak, roger....kita belanja 🤗

      Delete
  3. ammi baru je letak cerita pasal makan mee rebus jugak... berjodoh pulak ye

    ReplyDelete
  4. Asal sedap. Harga memang tidak dapat elak naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahan mentah naik harga, terpaksalah harga makanan dinaikkan juga...

      Delete
  5. menggiurkan ya Allah. boleh ajak husband terjah ni.. hihi.. tq sharing kak.

    ReplyDelete
  6. Menyelerakan je bunyinya mee goreng tu.. mee sedap ni rasanya sama mcm mee jawa kalau kt sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kakmim...lain tempat lain namanya kan ..

      Delete
    2. Kalau x silap mee rebus ni kuahnya guna ubi keledek yg dihancur kan? Kalau mee jawa mcm tu.. ubi keledek hancur pstu letak udang kering jugak yg dikisar.. so rasanya manis2 masin gitu lah

      Delete
    3. Br perasan taip mee sedap sblm ni padahal nk taip mee rebus 😂😂

      Delete