Wednesday, 1 February 2023

Putu Perak

Cik As hulurkan sebekas Putu Perak. Dalam hati Ummi, macam putu piringlah agaknya. 

Bila Ummi jamah, teksturnya lebih kasar dan padat. Putu piring teksturnya lebih lembut dan halus. Putu Perak yang Cik As bagi ni intinya kelapa parut + kepingan kecil coklat. Pasti ianya sudah dimodenkan. Inti sebenar mungkin kelapa parut sahaja. 

Walaupun ada sedikit modifikasi pada intinya, sekurang-kurangnya ada generasi muda yang mewarisi kemahiran membuat kuih tradisional sebegini. Sayang kalau dibiarkan pupus dek peredaran zaman. 

Putu Perak kuih tradisi 
Mari dimakan bersama kelapa
Tegak bangsa kerana budi 
Runtuh budi hilanglah bangsa

(Pantun: Kredit Sumber)


9 comments:

  1. Pernah makan putu perak di Gerai Putu Perak Zul., beli di Ipoh. Ada dua versi, satu berisi gula melaka, satu lagi Putu Perak Zul Kelapa.

    ReplyDelete
  2. kuih legend ni..biasa makan putu bambu putu piring je

    ReplyDelete
  3. Oh, mst inovasi tu.. kalau dulu2 jarang ada inti coklat.. hehe

    ReplyDelete
  4. Oh, sy tak pernah makan inti coklat, tentu dah dimodenkan. Tak lama nanti ada tu yang buat inti keju.. hehehe.

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi saya makan putu perak ni

    ReplyDelete
  6. Pernah sekali makan putu perak ni, jumpa orang jual. Isinya kelapa parut.

    ReplyDelete
  7. Sukaaaa..
    Kalau yg inti kelapa masin la..
    Sekarang ada yang depa boh inti kelapa manis..macam dah lari Putu Peraknya

    ReplyDelete