Tuesday, 28 February 2023

Selamat Bertunang Aqim 💝

26 Feb 2023|Ahad

Inilah yang membawa kami ke Negeri Serambi Mekah, selepas hampir 10 tahun. 

Majlis diadakan di Jelawat, Bachok. Jelawat dan Bachok, dua tempat yang ada dalam bucket list Ummi untuk explore. Alhamdulillah Allah kabulkan keduanya sekaligus. 

Hantaran dari pihak kami (lelaki). 

Berkumpul dulu di homestay yang cantik ni berhampiran Pantai Melawi. Ada rezeki datang untuk majlis nikah nanti boleh ke Pantai Melawi. Bila Ummi text Cik AS, katanya dia sedang piknik di Pantai Tapang tapi kami kesuntukan masa untuk bertemu. Mungkin nanti boleh jejak kaki le situ juga. 

Abg Aqim sempat lagi layan anak buah & sepupu³... Kami pilih tema biru 💙

Bismillah...jom gerak... 

Alhamdulillah hajat kami nak menyunting bunga diterima baik oleh tuan rumah ☺️

Seutas gelang tangan sebagai pengikat janji. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar 🤲 

Perut dah lapar, jom makan! 

Sedap² lauk yang disediakan oleh tuan rumah. Bakal ibu mertua Abg Aqim dulu bukak kedai makan. Patutlah sedap :)

Kari Daging tu campur ubi Cina atau kami panggil ubi keling @ ubi kemili. Memang sedap dibuat gulai (kari). 

Pencuci mulut; yang pink & purple tu kuih koci. Kreatif' dan rajin betul orang² sekarang ni kan. Yang putih tu kuih tepung gomak katanya. 

Sedap dan lembut kuihnya. Sekali masuk mulut, kunyah dan terus telan. Kecik comey! 

Terima kasih tuan rumah atas layanan istimewa buat kami. Moga berjodohan dua keluarga besar kita 🤲

Dari pihak perempuan.

Disini juga kami berpisah; Paklong balik ke Putrajaya, Abg Aqim & Abg Anas balik Kedah dan kami pula meneruskan kembara. 

Alhamdulillah atas rezeki dan peluang yang diberi oleh-Nya. Jauh berjalan luas pandangan & pengalaman. 

4 comments:

  1. tahniah aqim, semoga kekal bahagia ke jinjang pelamin dan ke anak cucu.

    ReplyDelete
  2. ooo menyunting mek kelate,moga semuanya dipermudahkan hingga ke majlis besar nanti
    saya nampak solok lada sedapnya....

    ReplyDelete
  3. Alamak tengok hantaran ni semua A x buat apa2 persiapan pun lagi..aduhai...acaner la ni...terus rasa berdebar..apapun tahniah ABg Akim...

    ReplyDelete
  4. wahhh tahniah abg aqim dgn tunangannya.
    comelnyaaa kuih koci! nyummmnyumm hehe

    ReplyDelete