Operasi kemas rumah ni seronok kalau ada Abang hehe... Minta dia angkat kotak tu, alih meja ni semua sekejap je dia boleh setel-kan. Sado 😁
Jika tiada keuzuran dan halangan, awal bulan depan Tok Umi dan Tok Ayah nak datang. Jadi, eloklah kemas apa yang patut supaya keduanya selesa.
Selepas Tok meninggal, bilik bawah tu pernah jadi tempat simpan barang, bilik solat, bilik transit dsbnya. 3-4 hari lepas Ummi minta Abang & Angah masukkan semula katil ke dalam bilik tersebut. Nanti Tok Umi boleh guna bilik tu.
Lepas tu ajak depa bersihkan bilik the boys. Barulah nampak rupa bilik sikit!
Hari ni Kakak ajak kemas bilik dia pulak 😅
Time ni la nak buat sprint cleaning kan....
ReplyDeleteTeringat zaman remaja dulu, tiap bulan ada kerahan tenaga kemas rumah, hihi. Alaa.. masuk blog PH ni, asyik teringat cerita2 zaman kanak2 bila tengok cara PH ajak mereka buat kerja rumah tau.
ReplyDeleteLega anak2 dah besar skrg, takde lagi menyepah permainan. Cuma sekali-sekala je membebel bila dieorg balik dari sekolah / berjalan, beg, tudung, stoking main campak je atas lantai.
ReplyDeleteBukan main santai dua ekor atas katil tu ya. Tak tolong pun 😄
ReplyDeletePuasnya dapat mengemas rumah kan PH. Segar rasanya. ;)
ReplyDelete