Rabu jamuan Pasti Adik dan Hari Anugerah Angah, Khamis pula jamuan pengawas & PRS pula. Nama penuhnya Majlis Penghargaan Pemimpin Sekolah SRAI, disertai juga oleh Pengawas SPBT.
Ikut ketetapan cikgu, Angah kena bawa sama ada ayam goreng, nugget atau sosej. Antara tiga ni Ummi fikir sosej paling senang nak disediakan. Dia juga volunteer nak bawa paper cups.
Makanya ber-shopping lah Ummi untuk jamuan sekolah anak³ yang back to back pulak tu. Twister tu untuk jamuan kelas nanti, wajib bawa sorang satu.
Untuk Kakak pun Ummi stand by chicken cocktail. Dan tepat pula pilihan Ummi, memang cikgu minta bawa sosej juga. Ummi beli chicken cocktail sebab boleh dapat lagi banyak pieces.
Pagi tu, jam 4.15 pagi Ummi dah bangun goreng sosej 😅 Risau sungguh takut tak sempat hehe... Sebabnya kena handle anak³ sorang², Walid outstation.
Naik 2 dapur terus. Untuk elakkan sosej kecut/kedut bila dah sejuk, goreng dengan minyak yang sangat sedikit; 1-2 sudu je.
Alhamdulillah sosej Ummi licin, sekali dengan tipuware sos + mayo dan sepit besi pun lesap! Tapi, memang dah boleh agak kemungkinan akan hilang/tercicir dan pelbagai 'ter' lagi, jadi bagi sepit besi yg mur-mur je haha... Walaupun Angah kata ambil pakai tangan je Ummi , takpe kita bagi proper sikit, siapkan sepit sekali.
Asalkan anak-anak semua kenyang dan puashati, Ummi okay je :)
alhamdulillah rejeki x kemana tuh., hehe
ReplyDeleteIya lah Wak :D
DeleteAda orang tapau tipuware ke agaknya? Haha.
ReplyDeleteHaha...entahlah NA...halalkan je la :D
DeleteHehehe...kelakar la...semua lesap ye termasuk penye[it..sedap sangat la tu ummi punya masakan...
ReplyDelete