Wednesday, 25 January 2023

Melawat Shiro & the Gang

Jiran lama, Cik Aida jemput ke rumahnya. Seronoklah geng main sebab dah lama tak jumpa Cik Aida. Bila Ummi cakap Shiro, Simba & Ichigo dah besar giler' sekarang ni diorang tak percaya 😁

Seeing is believing right? 

Paling besar si Shiro. Dekat sama besar dengan badan Adik. Sampaikan kena berdiet-lah kata Cik Aida. Takut sakit jantung! 

Buat bantal sedap ni :D 

Dah namanya geng main, mana-mana pun main ajelah kerja depa :D 

Cik Aida jamu nasi kerabu, mee kari dan pelbagai kuih-muih lagi. 

Nasi kerabu Cik Aida warna kuning :) 

Cik As bawa puding roti. Sedap sangat...

Cik Ana bawa tapai pulut. 

Ummi? Bawa perut je :p
Baru balik dari Penang, penat tak hilang lagi. Alasan haha... 

Terima kasih daun keladi ye Cik Aida. Nanti kami datang lagi :) 

6 comments:

  1. gebus nya shiro tu...dap peluk2...
    seronok bila dpt jumpa geng2 mcm ni kan

    ReplyDelete
  2. Eeiii rasa nak picit la si Shiro tu, gebu-gebas! bestnya berkumpul makan2 ni

    ReplyDelete
  3. Seronoknya jumpa balik jiran.

    ReplyDelete
  4. Pernah jugak jumpa NK warna kuning. Janji ada ulamnya, rasa pasti sedap. Eh, risau pulak fikir kalau kucing kat rumah tu kena sakit jantung, nak kena soh diet ke macam mana ek?

    ReplyDelete
  5. wahh ada nasi kerabu kuning erk., hehe

    ReplyDelete
  6. Besarnya dia...bulu dia cantik..gebu betul...

    ReplyDelete