Wednesday, 18 January 2023

Salad Kentang

Semalam Ummi buat ayam bakar. Salad Kentang pula boleh jadi best friend dia jadi kita regukan. 

Gambar asal boleh je, sorry 😅

Resepi Ummi ambil dari blog Kak Patin aka Dr Fatin Liyana. Dulu masa mula ber-blog Ummi suka baca blog dia. Then, lepas kahwin dan buat housemanship dia slow down blogging. Ummi pun dah lama tak ikuti blog dia. 

Simple je resepinya but sedap dan it's gonna be a keeper recipe for me. 

Salad Kentang 
1. Kentang - bersihkan, potong dadu dan rebus bersama garam hingga empuk. Toskan dan ketepikan.

2. Untuk salad dressing, satukan dan gaul sebati mayonnaise + jus lemon + air (sikit) + stok pati ayam. 

3. Hiris daun bawang. 

4. Masukkan kentang rebus dan daun bawang ke dalam dressing (#2) dan gaul.sebati semuanya. 

5. Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk. Seeloknya dimakan selepas beberapa jam.

Sedap dan ringkas. Nak buat untuk sesi makan-makan atau potluck pun sesuai sangat salad kentang ni. 
Cuba tau 🤗


11 comments:

  1. menu diet ni PH cepat dan kenyang...boleh kurus pakai kebaya la raya nanti hehe

    ReplyDelete
  2. Eh..sama menu kita la PH.
    Saya buat salad kentang ni untuk sarapan pagi tadi. Letak potongan tomato & sosej ayam. Resepi suka hati..hihi

    ReplyDelete
  3. Senang resipi salad kentang.

    ReplyDelete
  4. sedap ni... taruk lauk sikit macam kepingan chicken loaf atau sosej, bertambah la laju menyuap

    ReplyDelete
  5. ehh dapat imijin, mmg sedap ni. terus rasa nak buat. hehe

    ReplyDelete
  6. Insya allah nnt cuba.. sedapnya

    ReplyDelete
  7. sama la menu kita jugaks... rabu lepas... yum yum

    ReplyDelete
  8. Menarik...ye la Fatin Liyana dah x berblog dah...dapat sedap ratah ni

    ReplyDelete