Anak bongsu arwah Makngah Jamiah selamat bernikah dengan pasangannya semalam (Sabtu). Majlis nikah diadakan di rumah Kak Yan, anak sulung arwah dan Pakngah Umar. Dalam ramai-ramai anak arwah, Kak Yan agak rapat dengan kami khususnya Tok Umi. Biasalah, anak sulung ni orang selalu ingat namanya. Oleh tu tajuknya Ummi letak kenduri Adik Kak Yan, senang nak ingat :D
Semalam 8/1 pula majlis kendurinya. Lama betul Ummi tak ke Bandar DiRaja Klang, dah ingat-ingat lupa bandarnya. Zaman U dulu selalu ikut Momi Zya ke rumah makcik-makciknya di Klang ni. Semua tempat pun dah berubah wajahkan?
Tahniah Yana & pasangan ๐
Cantik sangat venue ni .. Rumah banglo yang memang disewakan untuk majlis keraian.
Pelamin ada dalam rumah. Ummi sekadar jenguk, malas nak buka kasut :) Kami sampai awal sebab ada urusan lain, jadi pengantin pun belum bersanding waktu ni.
Ada Sambal Tempe & Kentang, jadi Ummi ambil nasi putih. Sambal ala ayam penyet tu apa namanya ye? Yang ni ๐
Dessert dan laksa. Ada macam-macam lagi kuih-muihnya. Ummi ambil apa yang nak makan je. Sekali, karipap kena kebas dgn Walid, kuih seri muka dan kuih lapis Adik habiskan :D
Enjoy je dia makan kuih lapis tu |
Memang meriah kenduri ni. Selain nasi kenduri, ada pelbagai pilihan makanan berkonsepkan stall; cendol, kuih-muih, laksa, air balang... Tahniah Kak Yan, grand majlisnya ๐
Paling win of course kehadiran saudara-mara (adik beradik, ipar duai, anak2 saudara arwah Makngah) dari Balik Pulau
(Geng Balik Pulau-GBP) dengan menaiki bas yang disewa khas. Time Ummi Walid kahwin dulu pun GBP datang naik bas juga. Mana-mana kenduri, jika dijemput depa akan hadir dalam kumpulan yang besar begini. Tumpang bahagia tengok muafakat adik beradik sebegini.
Semoga berbahagia selalu hendaknya buat kedua mempelai ๐คฒ
Selamat Pengantin Baru ๐
ada sambal tempe sambal geprek kalau rumah sndr mau mnambah2 nasi ni
ReplyDeleteItulah... Mmg sedap sis ..ada 2 tu pun dah boleh makan bertambah:D
DeleteSedapnya lauk² tu PH... gift dr pengantin tu mmg mabeles... coklat gitu
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki hehe ..
DeleteCoklat tu anak3 cakap sedap. Portion sy belum makan :D
Mcm homemade choc je tu.. ye ke?
DeleteKita perhati, kalau pergi kenduri kahwin, PH suka makan nasi putih, kan. Tapi lauk2nya tetaplah mengancam.
ReplyDeleteAah SK sebab nak menikmati kuah & lauknya esp masakan kampung...
DeleteAah SK sebab nak menikmati kuah & lauknya esp masakan kampung...
Deleteboleh tahan menu diaa. kalau scha kalau sdap sangat, tambah je hahahaha
ReplyDeleteAkk ni kenyang lagi sebenarnya sbb heavy breakfast. Kalau tak, minta anak tlg ambilkan nasi tambah, maknya seganlah konon ๐๐๐
DeleteAda geng bas ke kenduri.
ReplyDeleteBoleh bayang kesedapan makanan.
Seronok dapat coklat. Memang terus makan.
Mesti meriah dalam bas tu kan ..
DeleteTudiaaaa...mabeles menunya...
ReplyDeleteTempat pun cantik..
Rumput tu ori ka tiruan PH...cantik
amboi menunya....banyak gak tu...goodies choc ye...Adik SA suruh contact gardenia beli borong mee Numee tu buat goodies...tgh fikir2 lagi ni...macam besar jer ongkosnya
ReplyDelete