Page 7, 2023
Alhamdulillah hari ni dapat melaksanakan hajat bergotong-royong membersihkan belakang rumah bersama jiran-jiran. Walaupun tak ramai yang terlibat (ada urusan masing-masing; kenduri, kematian, outstation dsbnya) tapi dengan tenaga yang ada dapatlah membersihkan longkang dan backyard masing-masing.
Bik Yati antara watak penting kerja hari ni. Dulu Bik kerja cleaner jadi memang power dia buat kerja.
Adim & Angah pun sangat-sangat membantu today. Dari rumah hujung hingga rumah last kami cuci longkangnya, depa dua tak berhenti buat kerja. Besar sumbangan tu, sebab selain Walid, lelaki dewasa lain ialah Abg Hakim & Wan, menantu Uncle. Yang lain kaum ibu belaka :D
Selain tenaga, peralatan juga penting.
Water jet ni Walid beli dari kawannya. Let go sebab nak guna urgent cash. Baru 1-2 kali je dia guna pun. Alhamdulillah alat ni terbukti berguna untuk bersihkan longkang :)
Macam biasalah, aktiviti makan-makan mesti ada. Konsep potluck...
Ummi goreng mee...
Alhamdulillah seronok tengok bersih macam ni. Ada masa nanti boleh buat satu round lagi before puasa.
Bahagian sana kena dibersihkan lagi. Tak cukup manpower, electricity & water supply untuk on water jet bagi meneruskan kerja. Dah tengahari masing-masing pun dah penat. Mak-mak nak masuk dapur pulak :)
Thanks jiran-jiran 💐
Bagus kejiranan kawasan PH. Ringan tulang Adim & Angah.
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya baik-baik belaka dan sepakat...
DeleteBagus aktiviti kejiranan ni. Boleh keluarkan peluh, kawasan pun bersih.
ReplyDeleteBetul PH...tapi pakat sakit lututlah semua pun hahaha
DeleteAlhamdulillah! Bagusnya.. Semoga aktiviti begini mengeratkan ukhwas sesama jiran.. ;)
ReplyDeleteAsalnya mmg dari aktiviti gotong-royonglah kami kenal jiran-jiran. Cumanya dah lama tak buat aktiviti ni...
DeleteAlhamdulillah 👏🏽
ReplyDeleteBukan je kawasan jadi bersih, malah dapat eratkan silaturahim sesama jiran.
Betul puan ujie:)
Deletewahhhhhh seronoknya kerjasama macam ni!
ReplyDeleteBagus kan bila dpt jiran yg sekepala mcm ni... taman kami selalu buat gotong-royong perdana sebelum puasa... kalau kat lorong kami ada sorg jiran tu keja dgn majlis bandaraya so dia selalu mohon staf majlis bersihkan longkang dan belakang rumah... syukur jugak dpt jiran yg mcm ni... x selfish fikir diri sendiri je
ReplyDeleteLagi seronok kakmim kalau berjiran dgn orang majlis hehe...
DeleteJiran kami ada juga kerja cleaning company Cumanya kali ni tak dapat turut serta. Last time dia sumbang tenaga 2 org pekerja & industrial water jet. Ringan kerja kami :D
rezeki dapat kejiranan yg sepakat mcm ni kwsn kami kejiranan baru org2 muda semua pakat duk dlm rumah
ReplyDeleteSy rasa kalau perumahan baru lagi senang kot nak set up committee... Tapi kena ada kepala/leader lah kan...
DeleteSeronoknya kejiranan macam ni...kejiranan SA xde pun semua pakat lepak duk dalam rumah je..sebab semuanya pasangan muda2
ReplyDelete