Thursday, 5 January 2023

Terjebak 🤭

Ummi baru nak try Inai Nunhaa. Pakai masa balik kampung hati tu. Inipun sebab Tok Umi sponsor untuk cucu6 perempuannya. Ummi tumpang sekaki :) 

Warna red, bukan dark brown macam yang kontroversi tu :p 

Alya tekun sungguh dok pakai Inai tu :D Minta tolong Ummi pakaikan, tapi Ummi segan (segan=malas) ... Ummi pakaikan untuk Adik je. Itupun kuku kaki sebab nanti nak sekolah tak boleh inai-inai ni. Alya tu tak tahulah. Dia kata okey sekolah dia haha... 

Anis ❤️

Inai ni lagi tebal kita sapu pada kuku, lagi cantik warnanya. Warnanya pun cepat pudar. Lepas seminggu tu dah tak nampak merahnya. Kena sapu (top up) selalu kalau nak ianya merah dan sekata warnanya. 

Tapi, dalam banyak-banyak inai (macam banyak sangat pakai inai :p) Ummi paling suka inai daun yang kena tumbuk dulu tu. Suka bau inai tu walaupun kena berusaha keras untuk tumbuk daun inai tu hingga lumat. Bila dah berinai pula, jari jemari tu kena statik je, tak boleh bergerak takut inai tercabut atau comot. Selalunya pakai sebelum tidur, esok pagi baru basuh inainya. Sebab lagi lama inai tu di jari, lagi merah warnanya kata orang. Esok tu pakat bandingkan dengan kawan-kawan inai siapa lagi merah warnanya :D 

Di kampung Ummi kalau ada majlis kahwin atau malam raya pakat berinailah. Kiranya berinai ni perkara biasa bagi Ummi di zaman kanak-kanak. Sebab tu sesekali bagilah anak2 perempuan Ummi merasa juga pakai inai, walaupun di jari kaki je :) 







12 comments:

  1. saya dah lama terjebak PH..dari dark brown bawa ke merah ni dua2 dah cuba...bila campur dua warna lagi ohsem cantiknya..
    seronok dulu2 pakai inai daun bungkus jari dgn plastik bangun pagi tengok bersepah inai atas tilam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki inai ni hehe ...
      Ye betul, balut dgn plastik. Itupun comot jugak hahaha

      Delete
  2. dlu2 suka pakai inai tp inai daun la..skarang ni byk dh inai jenis camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah inai sapu je kan... Inai daun tetap jadi pojaan haha

      Delete
  3. Masa kanak-kanak dulu suka jugak berinai, tapi inai guna daun bunga keembong tu je. Tak ada pokok inai di rumah mak.

    Bila dewasa jadi tak suka pulak kuku berwarna, jadinya kali terakhir berinai masa kawin jelah. Itu pun sebab kena paksa pakai 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun bunga keembung boleh jadi inai ye? PH baru tau :)

      Hehe... PH suka jugak, paling tidak kuku kaki.

      Delete
  4. Saya hanya baru pakai inai daun, belum pernah guna macam pewarna kuku.
    Lagipun sekarang malas. Dahulu masa budak-budak rajin pakai.

    ReplyDelete
  5. mama dari dulu pun suka pakai inai gak ph

    ReplyDelete
  6. ammi pakai inai sekali je seumur hidup...masa nikah dulu. pastu tak pakai dah sbb tak gemar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg special betul occasion nya tu Ammi 👍

      Delete