Thursday, 12 January 2023

Kacang Panjang & Tempe Goreng Berlada


Ummi suka sangat makan tempe walaupun hanya kenal tempe ni bila berkelana di ibu kota kerana menuntut ilmu di menara gading seawal usia 18 tahun :D Sepanjang Ummi hidup di bumi Kedah selama 17 tahun tak pernah jumpa tempe. Zaman tu tak macam sekarang, hanya kenal budaya tempatan saja. Pendedahan budaya, cara hidup dsbnya di luar daerah sangat kurang kerana pelbagai kekangan. Nak keluar dari daerah sendiri pun terhad kecuali bila dapat tawaran bekerja atau belajar. 

Panjang pulak mukaddimah :D 

Cara masak dekat gambar ye...
Takde resepi pun, macam masak goreng berlada lain juga. 

Tapi Ummi lagi suka kacang panjang yang besar dan warna hijau muda tu. Kacang panjang jenis tu lembut. Yang jenis kurus & hijau pekat ni liat sikit. 

Makan malam.kami.
Semangkuk sambal bilis tu Angah dan Kakak habiskan. Anak4 pun macam Ummi juga, suka makan pedas-pedas. 

Limau mandarin Aunty Farah bagi. Favorite Ummi jugak ni. Entah apa yang tak favorite pun tak tahulah 😂

Sample kuih raya dari Kak Iqa. Tart Nenas tu sedap. Insha Allah nak beli raya nanti sebab Ummi suka. Lagi-lagi ikut Ummi punya kesukaan haha...

Alhamdulillah syukur selalu. 



9 comments:

  1. Sayapun ada kawan dari Kedah kenal tempe masa belajar di universiti kawasan Selangor. Says pula kenal pekasam daripada dia. Hehe. Betullah itu baru tahu.

    ReplyDelete
  2. Apapun yg ummi suka mesyi anak2 pun suka. Hihihi!

    ReplyDelete
  3. Ummi kan tonggak keluarga, haruslah segalanya ikut yang ummi suka 😀

    Saya orang Johor, memang suka sangat makan tempe. Tapi sejak pindah Penang ni payah sikitlah nak jumpa orang jual tempe. Jadinya jarang sangatlah dapat makan tempe kat sini.

    ReplyDelete
  4. Hehehe.. banyak kegemaran PH. Bagus tu, kalau suka pada satu benda jer, bosan jugak. Seingat sy pun, masa kali pertama datang Kedah 22 tahun lepas, tak jumpa tempe di Kedah.

    ReplyDelete
  5. Saya x suka sgt tempe tp kat rumah ni, bebudak mmg penggemar tempe haha...

    ReplyDelete
  6. sebelum-sebelum ni, aida makan tempe jika digoreng garing :) hi hi
    tapi tgk resepi ni, adoi, menjemput selera!
    ari tu kakak buat sambal jawa. kan ada tempe. sedap pulak makannya.
    jap lagi aida nak buat terung goreng berlada. tempe takde.

    ReplyDelete
  7. Wah...sedap tu..SA kat rumah ni kacang panjang x jalan..kacang buncis ok...la ni nak kena belajar plak makan tempe..en tunang tu suka makan tempe..org johor kan ..

    ReplyDelete
  8. Ish seronoknya kalau dapat makan macam ni

    ReplyDelete
  9. Wah... ada menu baru... x pernah pulak masak kacang panjang dan tempe... boleh try ni nnt

    ReplyDelete