Tuesday, 10 January 2023

Lepak Tepi Pantai @ Teluk Bahang, Penang

Sambung cerita Penang..

Petang tu kami ambil angin di tepi pantai berhadapan hotel. Walking distance je dari hotel. 

Diorang nak mandi laut tapi kami tak izinkan. Nampak kuat juga ombaknya. Duduk di gigi air, celup kaki oklah...

Ada bot pelancong kalau nak pusing-pusing hingga ke Taman Negara Dan Monkey Beach. Sewa RM120/trip  30 minutes ride). 

Yang nampak macam pulau tu Taman Negara Pulau Pinang. Tak jauh pun dari tempat kami lepak ni. 


Pakat main pasir pulak... 

Lepas tu naik buai. 

Ada few stalls jual laksa, air dsbnya di pantai ni. Selain tu ada court bola tampar dan ATV untuk disewa. Ada juga kuda untuk sewaan. 

Kami pekena laksa sepinggan. Sedap, rasa ikannya tu ๐Ÿ˜‹

Tak lama pun di sini, kids gaduh nak mandi pool. Kesian depa, balik hotel terus ke pool. Sekali pool dah tutup sebab malam tu ada BBQ Dinner (Xmas Eve). 

Naik bilik, pakat serbu bathtub :D





19 comments:

  1. Budak-budak suka mandi. Tidak dapat main laut dan kolam tenang, tab mandipun jadi.

    ReplyDelete
  2. meriah tuuh tp kesian xleh mndi pool pulak., huhu

    ReplyDelete
  3. Siap ada sewa kuda, berapa agaknya caj tu. Menarik untuk dicuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap sy dgr RM40 utk 20 minit ride. Nak bergambar saja tak pasti ujie ..

      Delete
  4. Bath tub pun ok la anak- anak ye...nampak sedap plak laksa tu kak...terus teringin nak makan laksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa Penang mmg sedap SK, depa letak ikan fresh ๐Ÿ˜‹

      Delete
  5. Jalan-jalan Penang memang seronok. Kisah Penang Mrs. A satu pun tak up lagi huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Penang jugak ke Mrs A? Tak berjodoh pulak kita :D

      Delete
  6. Lamanya tak ke Teluk Bahang. Mesti best duduk lepak2 menikmati angin tepi pantai. kalau piknik kat sini pun seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak well planned... Lepak je la ambil angin hehe

      Delete
  7. Meriah..syoknya Penang...
    Laksa tu nampaknpun sedap..kalau gu dengam cendol lagi la nalla...

    ReplyDelete
  8. Nasib ada bath tub sbg penyelamat... budak ni mmg pantang tgk air tgk laut ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  9. kesian anak2
    tak dapat mandi laut
    Mandi kolam pun tak boleh

    ReplyDelete
  10. penang dlm wishlist aida thn ni.
    selepas nurin abis SPM.
    selain dari camping, nak bwk anak2 masuk hotel juga la kan.
    penang ni best bab makan. byk makanan nak test nanti.

    ReplyDelete