Page 14, 2023
Dah lama tak dapat buat aktiviti sebegini di sekolah akibat Covid jadi bila diadakan semula alhamdulillah sambutan sangat luarbiasa. Bukan sekadar penyertaan warga SRAI tetapi juga sumbangan tenaga dari anggota RELA dan penduduk kampung. Sumbangan kewangan dari ibu bapa juga khabarnya besar juga jumlahnya. Alhamdulillah rezeki anak-anak SRAI. Persekitaran yang bersih, selamat dan ceria sangat penting untuk mereka.
Pembahagian kerja dan focused area dah ditentukan; parents isi nama dalam Google form nak buat kerja mana jadi masing-masing dah tahu nak buat apa dan bawa peralatan yang sesuai.
Penyertaan kaum ibu juga menggalakkan...
Cantik dah tembok depan dewan ni... Selain sumbangan kewangan dan peralatan, parents juga boleh menyumbang sepasu pokok bunga. Ummi nak bagi pokok bunga ros Ummi, Kakak tak bagi. Sayanglah Ummi katanya :D
First time Ummi semai batang pokok bunga ros dan ianya hidup serta berbunga. Kiranya pencapaian peribadilah ni :)
Angah tak join sebab dia ada tuition that day. Tapi, malam sebelumnya dia dah teman Walid tengok kerja-kerja turap kawasan parking belakang sekolah. Oklah tu...
Kakak pulak yang ke sekolah ikut Walid. Tapi bukan untuk gotong-royong, dia ada latihan persembahan nyanyian untuk majlis farewell cikgu.
Alhamdulillah terima kasih buat semua yang terlibat 👍 Lepas ni katanya nak buat gotong-royong untuk keceriaan kelas pulak. Best ni...
meriah kan.. ibu bapa sekarang ramai yang take part sama sama dalam hal sekolah anak
ReplyDeletemeriahhh.. seronoknya dpt join aktiviti camni..
ReplyDeletebelum pernah lagi merasa gotong royong sekolah,kalau ada boleh juga ramah mesra dengan parents lain
ReplyDeleteSy kagum tengok PH rajin ikut aktiviti sekolah. Sy dulu paling rajin datang mesyuarat PIBG aje, hihi.
ReplyDeleteSampai Dania dah masuk Kolej SA x pernah merasa aktiviti macam ni kecuali mesyuarat PIBG...
ReplyDeleteprogram yg sgt bagus..
ReplyDelete