Tuesday, 3 January 2023

Shell out Paling Sedap di Jitra :p

Shell out paling sedap di Jitra pastinya di rumah Tok Umilah! Bukan saja shell out, segala makanan dan masakan pun sedap bila dimakan bersama mak ayah, adik-beradik, ipar-duai dan anak11. 

Jumaat malam masa balik kampung hari tu kami berkumpul satu keluarga untuk makan shell out. Lagi puas makan sebenarnya sebab selesa; tak payah tunggu order, anak11 pun bebas ke sana sini, makan pun santai je... Mak-mak pun boleh fokus makan je :D 

Tok Umi & Tok Ayah sponsored bahan mentah
Ummi & Maklong tukang siang 
Uda buat kuah; sambal & buttermilk
Una buat ayaq lemon 
Pakngah & the boys set up tempat 

Shell out kami special sebab atas plastik tu alas dengan daun pisang pulak :D Free je, Uda ambik dekat rumah FIL dia. Nanti boleh buat makan-makan style daun pisang pulak. 

Makan ramai-ramai gini memang sedap kan. Tambahan ada kanak-kanak riang dan anak-anak buah remaja. Seronok tengok depa makan. Sambil makan sambil borak, lepas tu pakat gelak. Macam Makngah muda-muda dulu la haha ... 

Dessert-nya Mini Pavlova ni.. 

 Lepas makan, ada game...

Tengok team members pun tau dah, mesti team Makngah menang :p

Kan dah cakap :D 

Tapi dua-dua team dapat hamper...tajaan Tok Umi juga.

Then sesi bagi hadiah untuk anak11. Hadiah ni dari tabung adik-beradik Walid. Tahun ni takde family day, family gathering je malam ni. 

Alhamdulillah syukur atas nikmat silaturrahim yang Allah kurniakan. Moga ukhuwah kami sekeluarga sentiasa utuh, mesra dan berkekalan. Begitu juga untuk kalian yang membaca 🤗

11 comments:

  1. Wah, meriahlah gathering macam ni. Inilah yang dikata, sepakat membawa berkat. Shell Out tu bukan saja nampaknya paling sedap, tapi paling terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pakat makan kenalah pakat sumbang tenaga dan fulus haha ..

      Delete
  2. sekali-sekala gathering dgn keluarga mmg seronok apa lagi bila dapat makan sedap2 dan buat games :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua bagi kerjasama hehe...

      Delete
  3. anak2 paling seronok berkumpul rumah atok&nenek kan meriahnya tu kadang bercakap pun kena pakai speaker haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah betul...kena naikkan volume suara haha

      Delete
  4. Tengok riang gembira terasa meriah.

    ReplyDelete
  5. Family gathering gini pun dah sangat seronok & meriah. Yang penting kualiti masa bersama.

    Shell out pakai alas daun pisang tu nampak lebih menarik dan lebih menyelerakan berbanding cuma alas plastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul puan, macam makan nasi daun pisang pulak hehe

      Delete
  6. tempat paling best...rumah mak ayah kita
    makanan paling best .. makanan mak ayah kita masak
    tangan paling best ... tangan mak ayah kita

    miss my Aca & Mama

    ReplyDelete