Selamat berpuasa bagi yang berpuasa π«Άπ»
Nun di asrama, Angah pun puasa. Sekolah anjurkan program puasa perdana (semua murid digalakkan puasa) sempena Hari Tasu'a (9 Muharram). Program puasa perdana ni sebulan sekali dianjurkan kalau tak silap. Kalau ada pelajar nak puasa hari Isnin dan Khamis (selain waktu puasa perdana) boleh je. Cuma kena bagi nama kpd Ketua Form untuk makluman pihak Dewan Makan dan warden bertugas.
Surau kami pula buat iftar jamaie. Kebiasaannya kalau ada hari kebesaran Islam yang disunatkan puasa, surau anjurkan iftar jamaie. Potluck dialu-alukan. Ummi takde idea pulak kali ni.
Cempedak beli di FAMA Selayang manis elok alhamdulillah. Isi pun banyak, berbaloi beli.
Tq MT, Afzan dll yang kongsi info, bagitau ikan ni dipanggil Ike bekok.
Sebenarnya zaman PKP dulu Ummi pernah terima kiriman dari Maklong. Bungkusan tu bertulis ikan bekok. Bila dibuka bungkusan plastik semerbak baunya macam ikan pekasam. Dan bila digoreng pun baunya sangat kuat. Ikan tu macam ikan gelama masam. Sejak tu Ummi tak pernah teringin nak makan ikan bekok, sebab expectation Ummi lain. Dengar cerita orang, ikan ni sedap dan jadi kegemaran kawan² asal Pantai Timur. Bila difikirkan semula, mungkin bukan ikan bekoklah yang Ummi dapat tu. Maklong pun order online, hantar terus kepada Ummi. Bukan beli dan pos sendiri.
Topik puasa... Foto makan... Fuh! Dugaan ni hehehe
ReplyDeleteDah berbuka, tu yg post pasal makanan tu Uncle π
DeletePernah JJCm pi Pantai Timur makan ikan bekok kat satu gerai. Sedap dengan ulaman banyak. Sedap sebab dia kurang masin dan tidak kering
ReplyDeleteBetul Kak Notie, sedap ikan bekok ni.
DeleteIkan bekok sedap. Goreng letak cili padi dan bawang besar lagi sedap. Perah limau sikit.
ReplyDeleteItu la Cie, lupa nak letak bawang cili.
DeleteMesjid dan Surau pun banyak buat bubur Asyura semalam dan harini, Lin dapat rasa sebekas semalam bt buka puasa..
ReplyDeleteIkan bekok tu kegemaran Suami, siap beli dalam tiktok hahahaha
Tempat kami belum buat lagi bubur asyura. Selalu ada geng Yasin buat. Tahun ni tak pasti pula.
DeleteNanti boleh cari dekat TT juga. PH suka
Alhamdulillah. Semoga adipayungi rahmat Ilahi, mendapat keberkatan puasa.
ReplyDeleteAamin π€²π»
DeleteCempedak tu PH, tak tahan tengok nya.
ReplyDeleteKalau ada di Putrajaya, sempat lagi merempit ke Selayang Kak π€π
DeleteSaya belum pernah rasa ikan bekok. Menarik untuk dicuba.
ReplyDeleteBlm dpt
ReplyDeleteMkn cempedak
Goreng lg ni musim
Sedappp
Terliurrr
Kita
Selamat berpuasa Asyura....dan makanan pun sedap-sedap ya
ReplyDeletealhamdulillah... selesai puasanya...
ReplyDeleteikan bekok tu famous kat kelantan dan fav my mom laa...MZ tak reti mkn ikan bekok
ReplyDeleteDah lama teringin ikan bekok tu tapi tak jumpa².
ReplyDeletekalo dkt kedai ada menu klate ..salunya ada menu ikan bekok tu...lama tk mkn cempedak ..sedap tu
ReplyDeleteBersyukuuuur Krn baca tulisan teman2, saya sempat mencatat jadwal puasa Muharram ini. Jadi sempatkan kemarin puasa juga 10&11.
ReplyDeleteIkan belok ini ada namanya juga di Indonesia. Tp saya lupaaa. Krn mama pernah masak. Saya sukaaaa, sebab tak terlalu Masin kan.
Biasanya mama tumis dengan banyak irisan bawang, cabe merah, cabe hijau, cabe rawit. Memang pedas lah π€£π. Tp sedaaap
Alhamdulillah, sedapnya tengok cempedak goreng dengan ikan bekok tu PH! Berbaloi betul beli dekat FAMA Selayang, isi pun nampak penuh elok. Pasai ikan bekok tu, betul... kalau silap beli online memang kadang baunya kuat sangat macam pekasam lama. Tapi kalau dapat yang fresh kurang masin dari Pantai Timur, perah limau dengan bawang cili memang layan habiss! Sempat lagi ni kalau nak cari dekat TikTok macam Sis Lin cakap tu, hehe...
ReplyDeleteIke bekok tu nmpk sedap. Makanan yg orang pantai timur suka ni
ReplyDelete