Dah seminggu buah hati Ummi di perantauan. Hari² Abang hantar report aktiviti dia di sana...
Lewat dah makan pun...
Anak panah atas bawah tu Ummi tak tanya pulak untuk apa. Fokus tengok Abang makan lauk apa. Mak² kan, bab makan anak² ni memang concern π
Murah makanan dekat sana.
Telioq Ummi pun tengok nasi goreng ni π
Kena bangun sendiri, takde siapa nak kejut macam duduk asrama sekolah menengah dulu. Hari ni Ummi buat wake up call, risau terbabas tidurnya.
Air dalam botol tu cepat je habis sebab Abang kuat minum air, plus kena berjalan jauh dari asrama ke bilik kuliah atau pun nak ke masjid, cafe dsbnya. Memang dahagalah. Malam² masak air siap² dalam kettle yang dibawa tu, transfer dalam bekas air lain dulu. Botol air ni beli di sana. Ikut dia nak isi air dalam botol air mineral je. Agak² la Abang ooi π
Bihun goreng telur mata RM5
Alhamdulillah so far okay je Abang. Adalah homesick sikit awal² hari tu. Dah lama kan duduk rumah, now kena restart balik routine ke kelas pagi², berat sikitlah awal² ni. In Sha Allah berkat DOA semua Abang kuat dan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.
Zaman skrg ada whatsapp senang mak2 nak pantau anak2 yg duduk di perantauan π zaman kita dulu mungkin sebulan sekali baru dapat call bertanya khabar dengan parents di kampung kan. Alhamdulillah skrg teknologi makin canggih bila2 masa boleh VC dan call.
ReplyDeleteWah murah harga makanan kat sana kan. Kat belah Pantai Timur jarang2 jumpa kedai yg tak sedap. Rata2 mmg sedap dan murah.
ok juga byk di update...tisya dlu byk update kt ayah dr mamanya...sbr je la...smoga abg dpt sesuaikan diri tmpt baru
ReplyDeletesaya pulak yg curious anak panah tu nak cakap apa sebenarnya xD
ReplyDeleteinsyaAllah lambat laun mesti abang dpt sesuaikan diri