Thursday, 25 June 2026

Catatan 9 Muharram 1448H

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa 🫢🏻

Nun di asrama, Angah pun puasa. Sekolah anjurkan program puasa perdana (semua murid digalakkan puasa) sempena Hari Tasu'a (9 Muharram). Program puasa perdana ni sebulan sekali dianjurkan kalau tak silap. Kalau ada pelajar nak puasa hari Isnin dan Khamis (selain waktu puasa perdana) boleh je. Cuma kena bagi nama kpd Ketua Form untuk makluman pihak Dewan Makan dan warden bertugas. 

Surau kami pula buat iftar jamaie. Kebiasaannya kalau ada hari kebesaran Islam yang disunatkan puasa, surau anjurkan iftar jamaie. Potluck dialu-alukan. Ummi takde idea pulak kali ni. 

Sedikit perkongsian dari Jabatan Mufti Negeri Selangor. 

Cempedak beli di FAMA Selayang manis elok alhamdulillah. Isi pun banyak, berbaloi beli. 

Ike bekok lagiiiii.... πŸ˜‹
Tq MT, Afzan dll yang kongsi info, bagitau ikan ni dipanggil Ike bekok.

Sebenarnya zaman PKP dulu Ummi pernah terima kiriman dari Maklong. Bungkusan tu bertulis ikan bekok. Bila dibuka bungkusan plastik semerbak baunya macam ikan pekasam. Dan bila digoreng pun baunya sangat kuat. Ikan tu macam ikan gelama masam. Sejak tu Ummi tak pernah teringin nak makan ikan bekok, sebab expectation Ummi lain. Dengar cerita orang, ikan ni sedap dan jadi kegemaran kawan² asal Pantai Timur. Bila difikirkan semula, mungkin bukan ikan bekoklah yang Ummi dapat tu. Maklong pun order online, hantar terus kepada Ummi. Bukan beli dan pos sendiri.





1 comment: