Bagus bekas rakan sekerja Ummi dulu, Kak Syikin ni. Dia rajin post reminder Puasa Ayyamul Bidh (Puasa Hari² Putih). Secara tak langsung, kita pun teringat dan bolehlah beramal juga sekiranya mampu.
Harap mood ni berkekalanlah hendaknya. Duit RM10 Walid beli wrap dekat MyNews hari² tu baik bagi Ummi :p
Bila letak semua dalam satu pinggan, ala² ambil makanan buffet dekat hotel tu terkawal sikit portion makannya.
Untuk dinner, Ummi masak Sup Ayam Pencen resepi Kak Amie. Minyak tu dari ayam, bukan minyak tumis sebab sup ni takde tumis². Terasa segar bila makan sup ni.
Untuk Adik, Ummi gorengkan enoki celup tepung bestari. Ayam pencen tu dia tak nak makan, pelik kot isi ayam tu hitam² sikit bila direbus dan rasanya tak seempuk ayam biasa.
Pagi makan biskut, tengahari makan buah Fateh belanja katanya. Ni dah pukul 5 petang baru makan nasi. Sayur semua dah habis, lauk pun hujung² dah. Kena adjust masa bagi kemas sikit supaya ada waktu nak makan properly and healthily.
Lepas Asar, dapat berita pemergian Tok Cik Ya di kampung. Tok Cik Ya ni jiran/saudara/kawan baik arwah Tok dan Tok Wan. Banyak kenangan manis Ummi dengan Tok Cik Ya ni pun. Ummi membesar melihat keakraban arwah dengan Tok. Sama² ke bukit mencari hasil hutan; pucuk cemperai, kayu api, mengutip kulat sisir atau pun mencari buah kelubi. Sebelum adanya bekalan air paip, kami sama² mandi, membasuh pakaian dan pinggan mangkuk di telaga Tok Nik (bonda Tok Cik Ya). Telaga ni juga menjadi sumber air bersih kami waktu tu. Tok Cik Ya ni sangat pembersih orangnya. Setiap kali membasuh periuk, dia akan gosok periuknya hingga berkilat. Ummi selalu kagum tengok periuk yang hitam diselaputi jelaga hitam (sebab masak guna dapur kayu waktu tu) tiba² berubah menjadi putih semula. Kitakan budak masa tu, rasa macam magik pulak π
Alhamdulillah kenangan Ummi dengan arwah semuanya manis² belaka. Orangnya baik, murah dengan senyuman. Ummi sempat jumpa Tok Cik Ya raya ketiga tempohari. Alhamdulillah dapatlah peluk cium arwah masa tu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT π€²π»
Salam takziah atas pemergian Tok Cik Ya. moga arwah tenang di sana..aamiin
ReplyDelete