Sama ada berjangkit dengan Walid yang dah mula demam dan selsema sejak Rabu lepas atau pun kena hujan masa ambil Adik sekolah Khamis semalam. Tekak perit, hidung tersumbat dan badan panas. Jarang nak demam tapi sekali demam tu teruk juga.
Adik bawa balik Bubur Asyura dari sekolah. Setiap tahun sekolah buat program kacau bubur Asyura ni. Sementara cikgu² mengacau bubur Asyura, murid² dengar ceramah. Kali ni Ustaz Anep, mantan guru SRAI bagi ceramah.
Habis konsert pukul 11, baru nak solat Isyak. Bab ni dia macam kena culture shock sikit sebab di SMKA dulu apa² program pun kena solat dulu. Belajar sesuaikan diri dan urus masa sebaiknya ye Abang 🤗

Alahai belum ada rezeki lagi dapat bubur Asyura.
ReplyDeleteWah kelas Abang kolej jemput Inteam buat konsert.
smoga cpt sihat..dpt bubur asyura best tu
ReplyDelete