Abang ke Asasi.
Banyak juga persiapan nak disediakan. Walaupun Abang pelajar asrama dari F1 -F5, ada juga keperluan yang berbeza perlu disediakan.
Haluih bebeno tulisan tu pun 😅
Syukur, sekarang almost everything sold online. Jimatlah masa nak keluar masuk kedai. Tapi ada juga yang kena ke kedai fizikal contohnya pakaian Abang. Yang ni memang kena acu di badanlah.
Antara barang² yang kami beli termasuklah;
Beli dengan seller yang Uncle Mi recommended. Charger asal laptop Abang dah terbakar. Again, sebab biar je charger tu tak cabut dari soket, panas dan terbakar.
Warna cadar bebas. Abang pilih warna hitam. Mulanya Ummi tak terfikir pun nak beli secara online, tapi bila tengok Mama Iman beli, Ummi suruhlah Abang order. Material okay juga, cuma quilt tu nipis je la.
Harga pakaian plus size ni tak murah ye. Dan nak cari pun susah juga. Kalau area Gombak ni boleh pergi cari dekat kedai belakang Ong Tai Kim. Nama kedai Big Player Clothing.
Semua ni beli di Melawati Mall.
Pakaian ke kelas smart casual kecuali Ahad dan Rabu kena pakai kemeja & neck tie. Kasut Abang saiz international, biasanya kedai Gatti ada saiz untuk Abang.
Setiap bilik 4 orang. Dibenarkan bawa cerek elektrik dan seterika. Max 2 unit untuk setiap item. Abang volunteer bawa kettle dan extension serba satu.
Selain pakaian dan kelengkapan asrama, persiapan borang² juga perlu diuruskan dan diselesaikan sebelum mendaftar.
Item #6. Pelajar Asasi yang layak boleh mohon Bantuan Kewangan Asasi (BKA) Universiti Awam. Rasanya bantuan one off RM2500/setahun pengajian.
Satu lagi yang perlu dibuat sebelum mendaftar ialah buka akaun RHB. Nanti dapat kad pelajar bersekali dgn kad bank (2-in-1). Kad MySiswa ni katanya banyak kegunaan antaranya boleh beli tiket bas/flight/train dengan harga pelajar. Kad belum dapat jadi tak tahulah apa lagi kelebihan/kegunaannya yang lain.
Selain documents ni, untuk yang belum genap 18 tahun, tak boleh activate online banking lagi dan had limit untuk pengeluaran duit guna kad tu RM200/day. Ini yang staff bank bagitaulah.
Alhamdulillah selesai dah bab ni.
Allahumma yassir utk ur son
ReplyDeleteAamin tq MZ 🤲🏻
DeleteBanyak juga persiapan kena buat tu. Anak2 buah Cie takde yang SPM tahun lepas. Ada 2 orang baru habis asasi.
ReplyDeleteMacam first time nak masuk asrama pulak 😅 ada barang nak kena beli baru, ada yg guna mana yang ada
DeleteByk kos persiapan tu. Smoga brjaya hingga ke akhirnya. Amin
ReplyDeleteAamin tq Nieza
DeleteOkay sangat bila ada bantuan awam utk pelajar asasi tu. Semoga abang berjaya melangkah masuk ke pengajian tinggi
ReplyDeleteAamin tq doanya Mazni 🤲🏻
DeleteBetul, BKA tu sangat membantu khususnya utk golongan berpendapatan rendah.
Tahniah ya..
ReplyDeleteMenarik infografik keperluan nak masuk IPTA tu.
ReplyDeleteBKA UA tu pasti membantu mereka yang memerlukan.
Semoga dipermudahkan buat abang ye...teringat hantar dania asasi beberapa tahun lepas..nasib baik Melaka je
ReplyDeleteIngatkan pompuan ja los berjela....Lelaki pun sama no....Semoga dimudahkan urudan Abang
ReplyDeletesamalah...Kyra di Matriks dapat elaun 250 sebulan. tak dapat oneofflah...dapat monthly. kira pandai-pandailah berjimat tang makanan tu sbb budak sekarang ni rajin nau beli air yang lebih 8 ringgit. kita dulu nak beli teh o ice pun siap kira2 kepingan duit dala mwallet hahah
ReplyDeleteBanyaaak yg hrs di prepare kalau anak2 dah masuk boarding ya kak. Tp memang zaman skr jauh lebih mudah sebab ada online shops. Saya ingat pun dulu saat awal2 sekolah di Penang, memang harus belanja di supermarket langsung untuk beli segala perlengkapan 😂
ReplyDelete