Cuti Awal Muharram @ Maal Hijrah 1448H kali ni jatuh pada hari Rabu. Ummi cuti masak hari ni, sebab semua orang pun cuti 😁
Pagi pergi Giant. Ikutkan malas nak keluar tapi ada beberapa urusan perlu diselesaikan. Ini pun tunggu hujan reda baru keluar.
Nampak sedap sushi ni, beli satu pek.
Ummi dengan Abang je makan pun...
Lepas Zohor hantar Adik ke BBS, ambil exam Kancil Science Competition. Sementara Adik exam, Ummi Walid merayap ke TF Value Mart.
Singgah juga Asean Dessert di Selayang Mutiara. Semua makanan harga RM3. Beli itu sikit ini sikit buat raso².
Cik Aida muncul depan rumah bersama 2 bekas puding mangga 😍
Alhamdulillah hari pertama tahun 1448H yang lancar.
wow rezeki tu dapat puding mangga
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki tahun baru Kak :)
DeleteSushi tu kalau kita nampak pun terliur. Tak beli karang, teringat², nasib baik beli. Bagus skrg vendor jual RM3, murah, dapatlah raso sini raso sana sikit². Baiknya Cik Aida hantar pudding mangga.
ReplyDeleteBetul SK. Baik la beli je terus kan.
DeleteMurah tapi rasa dan saiz berpadanlah dgn harga tu.
Trliur tgk sushi tu =)
ReplyDeleteItu la kita pun dah lama tak makan, grabbed la satu pek bila nampak menarik tu
DeleteAda puding mangga lagi. Alhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki orang bagi :)
Deletemurahnya setiap makanan tu harga rm3!
ReplyDeleteMurah tapi small portion la
Deletesekolah Alip next week baru buat exam Kancil Science Competitionnya. Tapi ammi lupa pulak nak daftar. Daftar utk yang Math je. Mak nya ni pun pening juga kadang2.
ReplyDeletePatutnya Sabtu ni, tapi ramai minta sesi awal. Adik regi dgn organizer luar, sekolah dia tak buat.
DeleteSalam Awal Muharram. Semoga yang baik-baik untuk kita semua bagi tahun ini ye
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Penuh aktiviti ya seharian..
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah PH..
Sushi ni kalau pelik pelik sangat saya tak makan. kalau simple macam tu, saya makan la... salam Maal Hijrah Puan hazel sekeluarga
ReplyDeletesalam maal hijrah utk PH
ReplyDeleteOk gak kalau dessert RM3 je.. boleh beli pelbagai.
ReplyDeletePuding mangga..ingtakan bubur asyirah dah....dah masuk muharram kan
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah buat PH sekeluarga..sedapnya puding mangga
ReplyDelete