Wednesday, 17 June 2026

Jadi Hakim Bidan Terjun

Masa Kakak naik podium tu Ummi hanya tengok gambar. Acara ni acara tertutup. Esoknya tu barulah  Kejohanan Sukan Sekolah berlangsung secara rasmi. Ibu bapa dijemput hadir. 

Kedudukan semasa 
Rumah Kuning tempat kedua masa ni. 

Untuk hari ni, Kakak dapat masuk final 4x100, wakil rumah kuning. Setiap rumah sukan hantar 2 quartet terbaik. Jadi Ummi pun datanglah bagi semangat untuk Kakak. 

Kakak pelari kedua 
Rezeki berbeza team kuning ni, satu team dapat johan, satu team lagi tempat last. Tempat last tu team Kakak 😁
Ikutkan dia tak nak masuk lari ni, tapi dah terpilih tu lari je la :D 

Selesai acara Kakak, Ummi ke kantin untuk sarapan. Dah dekat pukul 9 pg, patutlah perut berdangdut :) 

Elok Ummi kusyuk menikmati nasi lemak ni, GPK Koku datang duduk sebelah. Ada hajat rupanya. Nak minta Ummi jadi hakim papan tanda. Setiap rumah sukan diberi 1 space (notice board) untuk dihias ikut tema. Tahun ni tema kejohanan Makanan Tradisi. 

Rumah 🟨 : Pulut Kuning
Rumah πŸ”΄: Ayam Masak Merah
Rumah 🟩: Onde²
Rumah πŸ”΅: Nasi Kerabu 

Tema ni juga akan dipersembahkan dalam perbarisan rumah sukan nanti. 

Ummi blurred sebenarnya sebab ingat Cg Gayah minta Ummi tolong tulis markah dekat papan markah tengah padang tu. Rupanya inilah papan kenyataan yang perlu diadili. Hakim lain ialah Tuan Pengetua Cemerlang dan Tuan YDP PIBG. Kerdilnya Ummi di situ.  

Cenderahati dari Rumah Kuning.
Dah siap isi markah baru depa hulur. Tanda terima kasih, bukan suapan ye. 

Selesai tugasan pertama, Ummi dijemput masuk ke bilik VIP untuk minum dan berehat sementara tunggu masa turun ke padang untuk acara perasmian dan seterusnya saksikan perbarisan. Ummi ni dah segan giler dah duduk dalam bilik ni. Selain cikgu² kanan, ada Tuan YDP dan isterinya. Bolehlah buat kawan borak². Ummi ingatkan part duduk dalam bilik VIP ni dah cukup terseksa (sebab segan, kita bukan siapa²), part dekat padang satgi lagi dahsyat 🫣

Depa suruh Ummi duduk dekat main stage. Tak cukup lagi, belakang VIPs pulak tuπŸ™ˆ
Terasa awkward sungguh la sebab kita ni sekadar hakim bidan terjun je, tiba² kena duduk di pentas utama. Kalau tahu dari awal Ummi dah tolak permintaan GPK πŸ˜…

Ni masa perbarisan rumah sukan. Lega sungguh Ummi tak payah jadi hakim untuk perbarisan ni. Kalau tak terpaksa berdiri depan tetamu gini. Seganlah kita pompuan kan... Encik yang tengah pegang phone tu ambil alih. 

Warna-warni perbarisan rumah sukan 
Untuk perbarisan, pelajar putera saja yang terlibat. Kreatif dan menghiburkan persembahan semua. Good job semua! 

Keputusan akhir, Rumah 🟩 juara keseluruhan πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

#2 πŸ”΅
#3 🟨 
#4 πŸ”΄ 

Takpe Kakak, next year cuba lagi πŸ’ͺ🏻



5 comments:

  1. Wah.. Menarik betul ada pertandingan board.. Kreatif..

    Eh!! Samalah dekat sekolah anak Sha.. Rumah Hijau juara.. Cemerlang betul Hijau tahun ini..

    ReplyDelete
  2. Special tu layanan untuk hakim. Ok tu pengalaman.

    ReplyDelete
  3. Anak saya si Sarah pun tadi ada acara akhir rejam lembing. selasa depan baru kejohanan sukan

    ReplyDelete
  4. Jadi hakim bidang terjun pun ok jer...yang penting ada membantu apa yang patut.

    ReplyDelete