Thursday, 25 June 2026

Catatan 9 Muharram 1448H

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa 🫢🏻

Nun di asrama, Angah pun puasa. Sekolah anjurkan program puasa perdana (semua murid digalakkan puasa) sempena Hari Tasu'a (9 Muharram). Program puasa perdana ni sebulan sekali dianjurkan kalau tak silap. Kalau ada pelajar nak puasa hari Isnin dan Khamis (selain waktu puasa perdana) boleh je. Cuma kena bagi nama kpd Ketua Form untuk makluman pihak Dewan Makan dan warden bertugas. 

Surau kami pula buat iftar jamaie. Kebiasaannya kalau ada hari kebesaran Islam yang disunatkan puasa, surau anjurkan iftar jamaie. Potluck dialu-alukan. Ummi takde idea pulak kali ni. 

Sedikit perkongsian dari Jabatan Mufti Negeri Selangor. 

Cempedak beli di FAMA Selayang manis elok alhamdulillah. Isi pun banyak, berbaloi beli. 

Ike bekok lagiiiii.... πŸ˜‹
Tq MT, Afzan dll yang kongsi info, bagitau ikan ni dipanggil Ike bekok.

Sebenarnya zaman PKP dulu Ummi pernah terima kiriman dari Maklong. Bungkusan tu bertulis ikan bekok. Bila dibuka bungkusan plastik semerbak baunya macam ikan pekasam. Dan bila digoreng pun baunya sangat kuat. Ikan tu macam ikan gelama masam. Sejak tu Ummi tak pernah teringin nak makan ikan bekok, sebab expectation Ummi lain. Dengar cerita orang, ikan ni sedap dan jadi kegemaran kawan² asal Pantai Timur. Bila difikirkan semula, mungkin bukan ikan bekoklah yang Ummi dapat tu. Maklong pun order online, hantar terus kepada Ummi. Bukan beli dan pos sendiri.





22 comments:

  1. Topik puasa... Foto makan... Fuh! Dugaan ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berbuka, tu yg post pasal makanan tu Uncle 😁

      Delete
  2. Pernah JJCm pi Pantai Timur makan ikan bekok kat satu gerai. Sedap dengan ulaman banyak. Sedap sebab dia kurang masin dan tidak kering

    ReplyDelete
  3. Ikan bekok sedap. Goreng letak cili padi dan bawang besar lagi sedap. Perah limau sikit.

    ReplyDelete
  4. Mesjid dan Surau pun banyak buat bubur Asyura semalam dan harini, Lin dapat rasa sebekas semalam bt buka puasa..
    Ikan bekok tu kegemaran Suami, siap beli dalam tiktok hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat kami belum buat lagi bubur asyura. Selalu ada geng Yasin buat. Tahun ni tak pasti pula.
      Nanti boleh cari dekat TT juga. PH suka

      Delete
  5. Alhamdulillah. Semoga adipayungi rahmat Ilahi, mendapat keberkatan puasa.

    ReplyDelete
  6. Cempedak tu PH, tak tahan tengok nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada di Putrajaya, sempat lagi merempit ke Selayang Kak πŸ€—πŸ˜

      Delete
  7. Saya belum pernah rasa ikan bekok. Menarik untuk dicuba.

    ReplyDelete
  8. Blm dpt
    Mkn cempedak
    Goreng lg ni musim
    Sedappp
    Terliurrr
    Kita

    ReplyDelete
  9. Selamat berpuasa Asyura....dan makanan pun sedap-sedap ya

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah... selesai puasanya...

    ReplyDelete
  11. ikan bekok tu famous kat kelantan dan fav my mom laa...MZ tak reti mkn ikan bekok

    ReplyDelete
  12. Dah lama teringin ikan bekok tu tapi tak jumpa².

    ReplyDelete
  13. kalo dkt kedai ada menu klate ..salunya ada menu ikan bekok tu...lama tk mkn cempedak ..sedap tu

    ReplyDelete
  14. Bersyukuuuur Krn baca tulisan teman2, saya sempat mencatat jadwal puasa Muharram ini. Jadi sempatkan kemarin puasa juga 10&11.

    Ikan belok ini ada namanya juga di Indonesia. Tp saya lupaaa. Krn mama pernah masak. Saya sukaaaa, sebab tak terlalu Masin kan.

    Biasanya mama tumis dengan banyak irisan bawang, cabe merah, cabe hijau, cabe rawit. Memang pedas lah πŸ€£πŸ˜„. Tp sedaaap

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, sedapnya tengok cempedak goreng dengan ikan bekok tu PH! Berbaloi betul beli dekat FAMA Selayang, isi pun nampak penuh elok. Pasai ikan bekok tu, betul... kalau silap beli online memang kadang baunya kuat sangat macam pekasam lama. Tapi kalau dapat yang fresh kurang masin dari Pantai Timur, perah limau dengan bawang cili memang layan habiss! Sempat lagi ni kalau nak cari dekat TikTok macam Sis Lin cakap tu, hehe...

    ReplyDelete
  16. Ike bekok tu nmpk sedap. Makanan yg orang pantai timur suka ni

    ReplyDelete