Tuesday, 23 June 2026

Abang | Hijrah Menuntut Ilmu

Abang dapat Asasi di sebuah universiti di Pantai Timur. Jauh merantau demi menuntut ilmu. Kira hijrah jugalah kan... Bertepatan pula dengan bulan Muharram ni, yang significant dengan hijrah Nabi SAW. 

Sebenarnya Abang dah mendaftar secara online awal bulan hari tu. Minggu pertama ada orientasi online. Minggu kedua start kelas online. Minggu ketiga ni baru daftar secara fizikal di Pusat Asasi (PA). Yuran pengajian untuk Semester 1 RM1449. Yuran ni termasuk asrama. Bayaran secara online sebelum mendaftar secara fizikal. 

Idola adik³ :)
Kebetulan Angah dan Kakak PB, dapatlah ikut.
6 bulan jugalah Abang duduk di rumah sejak SPM tahun lepas. 

Rizqi, ayahnya dan atoknya melambai dari jauh. Touching pulak, macam diiringi oleh lambaian ahli keluarga. Jiran pun ibaratnya keluarga terdekat kita kan? 

Sampai di Pusat Asasi (tempat Abang sambung belajar), tour dulu tempat ni. Sakan jugalah ambil gambar sebab takde orang time ni. Esok hari daftar confirm tak sempat dan segan nak berposing sakan :) 

Pukul 5 pagi Ummi dah touch up baju kemeja Abang. Tak boleh tidur sebenarnya, memikirkan anak bujang ni nak berkelana jauh dari Ummi. Takut overslept pun ye 😂 
Penat kan seharian atas kereta. 


Sesi pendaftaran Abang pukul 1100-1300. Bagus bila ada time slot begini, senang nak urus masa dan elakkan kesesakan. Mak ayah datuk nenek adik kakak semua boleh datang. Cuma untuk masuk ke dalam dewan pendaftaran, hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk. 

Pendaftaran simple je...
Serah borang BKA, dapat beg antaranya berisi  t-shirt, kunci bilik dan kupon makan untuk seminggu. Sebab orientasi online, jadi PA bagi kupon makan sebagai ganti. Kalau orientasi fizikal makanan disediakan sepanjang minggu orientasi. Selain pelajar Asasi, turut mendaftar hari yang sama ialah para pelajar Diploma. 

Dah dapat kunci bilik, jom la usung barang Abang ke asrama. Kerahan tenagalah :D 

Sulong perempuan ni memang boleh diharap 😘

Sebilik 4 orang. 
Macam berjanji pulak, semua pilih cadar warna blue black @ hitam. 
Semua dah diberi nombor katil, loker dan meja masing² jadi takde isu berebut katil. Tapi boleh tukar suka sama suka. Macam Abang, dapat katil atas. Tapi, request dengan roommates dia siapa nak tukar katil. Tq T, sudi tukar katil 👍🏻

Katil Abang. 
Bantal kecik tu bantal Ummi. Buat ubat rindu katanya 😁

Depan bilik Abang ada bilik bacaan. Luas bilik ni. 

Selesai mengemas, acara bebas. 
Pukul 2 nanti masuk semula ke dewan untuk taklimat.

Aturcara program. 

Sesi bersama Puan Pengarah dan VC. 
Alhamdulillah selesai seperti dijadualkan. 

Semoga cemerlang ye Abang ❤️






2 comments:

  1. Kenal sangat lambang tu.. good luck abang.. terima kasih share gambar bilik yang menggamit memori...

    ReplyDelete
  2. Nasib baik Angah dan Kakak ada. Bolehlah ucapkan selamat belajar sama-sama.

    ReplyDelete