Sunday, 1 October 2023

Perarakan Maulidur Rasul


Walid terlibat dengan perarakan Maulidur Rasul anjuran masjid kariah kami, mewakili jemaah surau setempat. Seingat Ummi ini kali kedua kot Walid join perarakan sebegini. Yang first tu dah almost 20 yrs ago kot, wakil tempat kerja masa tu, sebuah institusi perbankan. Dapat baju Melayu sepasang, warna hijau serindit beserta songkok. Program masa tu dibuat di PWTC (now WTC KL).  

Untuk perarakan kali ni, pihak surau sediakan kurta, kopiah dan gloves untuk semua peserta. 


Boleh dikatakan Walid antara ahli kontinjen yang paling muda. Majoriti warga emas, pangkat ayah²/atok² semuanya. Tapi, sangat bersemangat alhamdulillah. Itu belum tengok kaum ibu, lagiiii bersemangat. Dengarnya Cik Ana dengan Cik Aida pun joined perarakan ni, dengan kumpulan mengaji masing-masing.  


Selain perarakan, pelbagai aktiviti lain dianjurkan untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul ni; ceramah, Forum Perdana, pertandingan mewarna dsbnya.

Separuh hari jugalah Walid di program ni. Balik rumah terus lapar nasi 🤭


Yo la tu haha... 



14 comments:

  1. Saya tak pernah join berarak... sejenis pemalas..hihi

    ReplyDelete
  2. Tak menang tak pe... Asal ada semanggat Maulidul Rasul ...

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. cantik seragam bila kurta dan kopiah ditaja. Kolej sy tak pasti bila programnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah la cantik, free pulak tu ...lagi best haha...

      Delete
  4. Masjid tempat wak tak buat perarakan,
    Cuma buat ceramah aje. Yang best jamuannya ada dermawan sponser seekor lembu.

    ReplyDelete
  5. Hahaa...bagus semuanya..
    menang tu bonus.
    Yang penting semangatnya

    ReplyDelete
  6. haha ayat penyedap hati ye yg bawah tu

    ReplyDelete
  7. Hamboiii.. segak2 belaka dengan kurta.. tambah dengan glove.

    ReplyDelete
  8. pernah jugak la join.. seronok & meriah

    ReplyDelete