Wednesday, 11 October 2023

Masak Nasi Goreng Sardin ala SA

Hari tu berjangkit buat pulut kuning dari Mak Cella. Nampak SA masak Nasi Goreng Sardin berjangkit jugak 😅

Ini cara SA; 
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Goreng bawang putih dan bawang merah dulu hingga terbit bau wangi.
2. Masukkan ikan sardin. Goreng sampai sedikit garing
3. Masukkan telur dan kacau rata
4. Kemudian masukkan sayur iaitu buncis yang telah dipotong.
5. Masukkan sedikit sos sardin, garam dan serbuk perasa. Gaul lagi
6. Setelah itu, bolehlah masukkan nasi sejuk dan gaul sebati

Cara Ummi pun lebih kurang gini juga, cuma Ummi panaskan minyak dan masukkan telur dulu. Kacau² bagi telur hancur baru masukkan bawang² dan cili padi. 

Lebihan ikan tu Ummi masak sambal sardin. Minyak berlinang sebab guna sambal tumis (baki sambal), bukan cili kisar plus minyak untuk menumis. Nanti nak makan cedok buang minyak extra tu. 

Alhamdulillah, menu simple tapi sentiasa menambat selera 😁

10 comments:

  1. Sardin masaklah apa pun mmg tak pernah tak laku

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan nasi goreng sardin. Sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sis, tak kira la siapa atau bagaimana cara masaknya... Sardinkan lejen haha ...

      Delete
  3. Sedapnyaaa sardin telur bercampur kebabom dalamtu! 🤤🤩 Nanti nak Masak la camni jugak..hehe

    ReplyDelete
  4. Ok ternampak post yang sama dekat blog SA. Kalau makan kat Umai Putrajaya...nasi goreng sardin dia letak petai sekali. Lama la pulak tak masak sardin. Nak kena beli sardin jugak...hehe

    ReplyDelete
  5. Eh...saya pun masak nasi goreng sardin untuk dinner tadi ..Hahahha pengaruh rakan( walau. bukan sebaya)🤭

    ReplyDelete
  6. Saya suka nasi goreng, tapi memang agak kurang cocok dengan sardin 😅. Ada pengalaman tak enak saat makan sardin zaman sekolah dulu, sampai Skr jadi tak nak mau makan itu 😅.

    Biasa kalau ada resep yg pakai sardin, saya coba ubah Suai ganti dengan korned beef 😁🤭

    ReplyDelete
  7. Wah...berjangkit rupanya ye...sedapnkan..ni si kembar plak mintak nasi goreng sardin..petang nanti la mama buat...pagi dah banyak sarapan dh ni

    ReplyDelete